Penyanyi dan pelakon Malaysia Mugen Rao, yang menjuarai program realiti TV 'Bigg Boss' di Tamil Nadu, India Ahad lepas, pulang ke tanah air pagi ini.
Mugen disambut ratusan peminat yang menanti ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak awal pagi lagi.
"Saya amat gembira dapat memenangi pertandingan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong dan terus memberi semangat sepanjang program Bigg Boss," katanya di sini.
Beliau dijangka bertemu peminatnya di Batu Caves pada 11 pagi nanti.
Bermula sebagai model, kemudiannya pelakon dan penyanyi, Mugen merupakan rakyat Malaysia pertama menyertai program Bigg Boss musim ini bermula 23 Jun lepas, iaitu musim ketiga selepas dua musim terdahulu iaitu pada 2017 dan 2018.
Beliau diumumkan sebagai juara program realiti itu yang dihoskan oleh pelakon tersohor industri perfileman selatan India Kamal Hassan selepas kekal dalam rumah Bigg Boss itu selama 105 hari dengan penyertaan dan kejayaan beliau menjadi tumpuan di media sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.
Peringkat akhir Bigg Boss telah disiarkan pada 6 Okt di saluran Astro Vijay TV (Saluran 224) dengan tempat kedua dimenangi koreografer Kollywood Santhosh Kumar atau Sandy, diikuti pembaca berita dari Sri Lanka Losliya Mariyanesan di tempat ketiga dan artis Kollywood Sherin Shrinagar meraih tempat keempat.
Terdahulu, Mugen memenangi tiket emas, yang melayakkan beliau terus ke peringkat akhir selepas melalui minggu yang penuh dengan cabaran mental dan fizikal.
Album 'single' Mugen bertajuk 'Kayalvizhi' yang diterbitkan pada 2016, menjadi tular dalam YouTube dan menjadikan beliau popular dalam kalangan penonton digital.
Program Bigg Boss itu memaparkan peserta yang dipilih daripada filem, televisyen dan juga industri muzik dengan ia berlangsung dalam sebuah rumah unik yang mana 16 peserta tinggal selama 105 hari, dengan setiap aktiviti mereka dirakamkan 60 buah kamera.
Sepanjang 105 hari itu, orang ramai akan mengundi peserta pilihan mereka, dengan peserta yang mendapat undian paling rendah akan tersingkir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 11 2019
Mugen rakyat Malaysia pertama menyertai program Bigg Boss musim ini bermula 23 Jun lepas. - Foto Sinar Harian
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
[INFOGRAFIK] Senarai Mangsa Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM.
Pantau Agenda Reformasi: Insiden helikopter TLDM terhempas di pangkalan TLDM
Nahas helikopter Lumut: 'Wajah tenang seperti tidur'
Mohd Shahrizan merupakan salah seorang kru pesawat Fennec yang terlibat mengikuti sesi latihan sempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Pantau Agenda Reformasi: KL20 – Melonjakkan sektor teknologi syarikat pemula niaga Malaysia
Nahas helikopter Lumut: Video persiapan Raya jadi kenangan terakhir bersama arwah - Abang
Arwah dilihat begitu teruja membuat persiapan Aidilfitri dengan memesan langsir baharu berwarna putih dan keemasan.
S P Setia Berhad adakan Rumah Terbuka Raya 2024, kekal tradisi bertemakan batik
Pemaju hartanah terkemuka tempatan S P Setia Berhad menganjurkan sambutan rumah terbuka menerusi tema "Sentuhan Syawal, Setia Bersama" dalam usaha meraikan perpaduan komuniti Setia.
Nahas helikopter Lumut: MCMC nasihat orang ramai tidak muat naik, sebar video
MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan video insiden nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kesesakan luar biasa berlaku di Batu Caves, tempat perhimpunan yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Ia sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Ingin rancang perjalanan sempena Thaipusam? Ikuti antara inisiatif MOT
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan lima penambahbaikan pergerakan bersempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook umum lima penambahbaikan pergerakan sempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Pekerja melecur, tiga kilang di Batu Caves terbakar
Seorang lelaki melecur dalam kebakaran tiga kilang di kawasan perusahaan Batu Caves di Gombak pada Rabu.
Pemandu lari tinggalkan lori, jalan sesak 2 jam
Lori terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan anggota JPJ yang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.