Justin Timberlake, Missy Elliot dianugerah Ijazah Doktor Kehormat

Justin Timberlake, Missy Elliot dianugerah Ijazah Doktor Kehormat
Mereka diiktiraf atas pencapaian dan pengaruh mereka dalam muzik, serta impak global yang diberikan.
BERKLEE College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepada dua bintang muzik, Justin Timberlake dan Missy Elliot, pada Sabtu.

Penerima ijazah kedoktoran kehormat tahun ini diiktiraf atas pencapaian dan pengaruh mereka dalam muzik, serta impak global yang diberikan, satu kenyataan dari universiti berprestij itu menyebut.
"Kegagalan bukan satu kegagalan jika ia memacu anda ke arah kejayaan. Ia sebahagian daripada perjalanan hidup.

"Saya harap dapat bertemu dan bekerja dengan anda semua satu hari nanti," kata Timberlake ketika berucap di hadapan graduan yang berjaya menamatkan pelajaran tahun ini.

"Anda perlu bersedia untuk menghadapi jatuh bangun kehidupan. Tetapi selagi kita masih hidup, tiada istilah terlambat," kata Elliot.

Berklee College of Music telah menganugerahkan ijazah doktor kehormat sejak tahun 1971.

Antara penerima sebelum ini termasuklah Aretha Franklin, A.R. Rahman, Lionel Richie dan Julio Iglesias.

Tag: Justin Timberlake, Missy Elliot, ijazah doktor kehormat, Berklee College of Music, muzik, universiti


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.