K-Clique didedahkan sebagai artis tempatan yang mencatat jumlah penstriman tertinggi bagi 2019, berdasarkan senarai tahunan Spotify Wrapped.

Menurut portal Amanz, kumpulan rap dianggotai oleh lapan anak muda itu mengatasi ikon muzik seperti Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza, masing-masing pada tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, SonaOne pula di tempat keempat diikuti oleh kumpulan Insomniacks di tempat kelima.


Secara keseluruhan, kumpulan K-Pop BTS mencatat penstriman tertinggi oleh pengguna Spotify di Malaysia, diikuti oleh Ariana Grande, Khalid, Ed Sheeran dan Post Malone.

Dendangan lagu cinta ‘Señorita’ oleh Camila Cabello dan Shawn Mendes merupakan lagu paling banyak distrim di seluruh negara, diikuti dengan ‘Boy with Luv’ oleh BTS dan Halsey.

Lewis Capaldi menduduki tempat ketiga dengan lagu ‘Someone You Loved’ manakala tempat keempat dihuni oleh Post Malone dan Swae Lee dengan ‘Sunflower’ dan tempat kelima pula oleh Ariana Grande dengan ‘7 rings’.

Spotify Wrapped menyenaraikan muzik paling banyak distrim di Malaysia serta di seluruh dunia sepanjang tahun.

Bagi carta antarabangsa, artis muda yang menampilkan gaya unik dilihat mendominasi carta penstriman dengan rapper Post Malone, 24 tahun di tempat pertama.

Tempat kedua pula dihuni oleh Billie Eilish, yang hanya berusia 17 tahun, terkenal untuk hit ‘bad guy’.

Mereka diikuti oleh Ariana Grande, Ed Sheeran dan Bad Bunny masing-masing di tempat ketiga, keempat dan kelima.

Pengguna aplikasi itu turut boleh mendapat statistik tersendiri untuk penstriman peribadi menerusi laman Spotify Wrapped yang bakal dikeluarkan Jumaat ini.

Senarai bagi carta penstriman tertinggi di seluruh dunia sepanjang tahun ini adalah seperti di bawah.

Spotify Wrapped: Carta Penstriman Global 2019

Artis Paling Banyak Distrim
  1. Post Malone
  2. Billie Eilish
  3. Ariana Grande
  4. Ed Sheeran
  5. Bad Bunny

Artis Wanita Paling Banyak Distrim
  1. Billie Eilish
  2. Ariana Grande
  3. Taylor Swift
  4. Camila Cabello
  5. Halsey

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim
  1. Post Malone
  2. Ed Sheeran
  3. Bad Bunny
  4. Khalid
  5. J Balvin

Lagu Paling Banyak Distrim
  1. “Señorita” – Camila Cabello, Shawn Mendes
  2. “bad guy” – Billie Eilish
  3. “Sunflower” – Post Malone, Swae Lee
  4. “7 Rings” – Ariana Grande
  5. “Old Town Road – Remix” – Lil Nas X, Billy Ray Cyrus

Album Paling Banyak Distrim
  1. WHEN WE ALL FALL ASLEEP, WHERE DO WE GO? – Billie Eilish
  2. Hollywood’s Bleeding – Post Malone
  3. thank u, next – Ariana Grande
  4. No.6 Collaborations Project – Ed Sheeran
  5. Shawn Mendes – Shawn Mendes