Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kajol Devgan jemputan khas pelancaran saluran baru Astro

Kajol Devgan jemputan khas pelancaran saluran baru Astro
MERIAH: Henry (kanan) dan Dr Rajmani bersama Kajol melancarkan saluran BollyOne HD di sebuah hotel di ibu kota pada Rabu. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Ratu filem Bollywood, Kajol Devgan hadir buat kali pertama ke Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan pelancaran saluran baru Astro yang menawarkan filem-filem Bollywood terkini.

Saluran 251 Box Office (ABO) BollyOne HD akan menemui pencinta filem-filem Hindi bermula pada 1 September sehingga 18 September ini dalam bentuk pra-tonton.
Di majlis pelancaran BollyOne HD pada Rabu, Kajol yang terkenal dengan filem Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Khushi Kabhie Gham memaklumkan dia akan muncul dengan filem baru yang bakal memulakan penggambaran pada Oktober ini.

Dalam sesi temubual bersama pelakon Lisa Surihani, Kajol memberitahu yang dirinya sangat mengagumi sifat sopan santun rakyat Malaysia.
“Ini kali pertama saya di sini dan saya berasa sangat teruja.

“Sudah tentu ada yang datang mahu beramah mesra dengan saya, namun semuanya sangat teratur dan bersopan,” kata Kajol.


Kajol Devgan
Awal Ashaari, Kajol dan Lisa Surihani sempat ber'selfie' ketika majlis berlangsung


Kajol yang kelihatan masih segar muda bagai tidak dimamah usia walaupun filem Kuch Kuch Hota Hai sudah pun berlalu lebih 15 tahun lalu, mengakui yang dia tidak dapat menggambarkan sesiapa selain dirinya yang sesuai melakonkan watak Anjali.

“Saya tidak dapat bayangkan orang lain melakonkan watak tersebut.

"Ia bukan sekadar watak, tetapi penuh dengan memori dan gelak tawa sahabat. Saya membesar bersama watak tersebut,” kata Kajol yang baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-39 pada 5 Ogos lalu.

KLIK DI SINI UNTUK GALERI GAMBAR KAJOL

Turut hadir adalah Ketua pegawai operasi Astro, Henry Tan dan Naib Presiden Kanan, Bahagian Perniagaan Segmen India Astro, Dr Rajmani Chellamuthu.

Dr Rajmani memaklumkan bahawa BollyOne HD diadakan bagi memenuhi permintaan pelanggan Astro yang telah lama menantikan filem-filem terkini Bollywood.

Filem-filem seperti Youngistan, Holiday, Humshakals, Singham Returns dan banyak lagi bakal ditayangkan di BollyOne HD pada bulan pertama beroperasi.

Saluran ini turut menyediakan dua sarikata pilihan iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Untuk pelanggan HD yang sedia ada, boleh ke Saluran 200 untuk melanggan Saluran BollyOne HD dengan kadar RM5 sebulan.