announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

"Kalau aku mati tolong kebumikan aku," Achey imbas gurauan Abam yang menjadi kenyataan

"Kalau aku mati tolong kebumikan aku," Achey imbas gurauan Abam yang menjadi kenyataan
Achey mendedahkan rakan baiknya, Abam pernah bergurau mahu dia mengebumikannya apabila meninggal dunia. - Gambar Instagram @acheykintangkintung
KUALA LUMPUR: Salah seorang anggota kumpulan Bocey, Achey mendedahkan rakan baiknya, Abam pernah bergurau mahukan dia mengebumikannya apabila meninggal dunia. 

Gurauan itu dibuat Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan di ruangan komen Instagram milik Achey yang memuatnaik status ucapan hari ulangtahun kelahiran rakan baiknya itu sebelum ini. 

Achey tidak sangka akhirnya gurauan berkenaan menjadi kenyataan

Namun, Achey tidak sangka akhirnya gurauan berkenaan menjadi kenyataan.

"Telah aku tunaikan bamm... walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan," kata Achey di statusnya di laman sosial Instagram.

BACA: "Abam aku datang dengan mak ni, bangunlah Abam" - Ali Puteh

Status yang dimuatnaik Achey itu turut mendapat lebih 140,000 tanda suka (like) dalam hanya dua jam.



KLIK UNTUK GALERI FOTO 'Perjalanan terakhir Abam Bocey'

Foto Astro AWANI


Tag: Instagram, meninggal dunia, mati, laman sosial, perginyaabam, kitabaikramaisayang, Abam, Bocey, Achey, Abam meninggal dunia, Maharaja Lawak



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.