Ayu Sahara tidak pernah menjangka kata-kata yang keluar dari mulut Lok-U mengenai rakaman video Allahyarham bagaikan memberi bayangan yang pemuzik terkenal itu akan pergi buat selama-lamanya.
Berkongsi cerita dengan Astro AWANI, Ayu Sahara yang juga pembantu peribadi Allahyarham Lok-U atau nama sebenarnya Faizal Uzir berkata, kali terakhir mereka berbual pada minggu lalu.
Dalam perbualan itu, dia dan Allahyarham turut membincangkan mengenai projek terbaharu untuk tahun ini.
“Dalam perbualan itu, arwah ada cakap, “Ayu, kawan-kawan kita ramai sudah tiada, kau ada banyak video aku.
"Kalau aku tiada, kaulah harapan untuk kongsi video-video itu kalau ada kawan-kawan rindu, kau kongsilah,” kata Ayu Suhara kembali mengingati perbualan antara dia dengan Allahyarham Lok-U.
BACA:Pemuzik ternama Lok-U meninggal dunia
Lok-U menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi ini pada usia 46 tahun.
Allahyarham Lok-U dikatakan sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari berjogging.
Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Ayu Suhara berkata, jenazah Lok-U akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya sebelum solat Maghrib hari ini.
Katanya, proses bedah siasat jenazah Allahyarham dijangka selesai pukul 4.30 petang ini.
Sejurus itu, jenazah Lok-U, kata Ayu Suhara, akan dibawa ke Surau Al-Falah, Puncak Jalil, di sini untuk disembahyangkan.
Farhana Joni
Wed Jan 22 2020
Allahyarham Lok-U menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi ini pada usia 46 tahun. - Gambar Facebook FAIZAL UZIR LOK-U
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
'Tak sempat nak kerja bersama Ahad ini' - Sophia Liana akan dedikasi lagu buat Lok U
Sophia berkata, jika mengikut perancangan, dia akan menyanyikan sebuah lagu sambil diiringi Lok U selaku pemuzik pada minggu ini.
Industri muzik berduka, pemergian Lok-U dirasai rakan-rakan artis
Kalangan artis yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Lok-U bersedih dengan pemergian seorang pemuzik yang berjiwa besar.
Arwah Lok-U rindu anak perempuan, hitung hari jemput di asrama
Baru tiga hari berpisah dengan anak bongsunya yang duduk di asrama, namun kerinduan Allahyarham Lok-U pada Yasmin Damia sukar dibendung.
"Kalau aku tiada, kongsilah video aku..." - Pembantu peribadi terkenang kata-kata akhir Lok-U
"Kalau aku tiada, kaulah harapan untuk kongsi video-video itu kalau ada kawan-kawan rindu, kau kongsilah..."
Pemuzik ternama Lok-U meninggal dunia
Pengarah muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih terkenal dengan panggilan Lok-U dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi ini.