BERMULA pukul 9 malam ini, seorang YouTuber bermata sepet terkenal tanahair, Mat Luthfi akan bersiaran secara eksklusif menerusi online streaming www.astroawani.com/live-tv.

Ini merupakan momen bersejarah buat Mat Luthfi memandangkan anak kelahiran Kedah selalunya muncul dalam video-video pendek. Kali ini, Mat Luthfi akan muncul selama dua jam setiap hari Sabtu bermula pukul 9 malam.

“Saya boleh komen apa sahaja, menteri pun saya nak ‘grill’.

“Tapi yang paling penting, bukan sahaja peminat saya sahaja malah semua orang yang ada di dunia ini boleh berinteraksi dengan saya di ruangan komen di www.astroawani.com/live-tv, itu pun kalau berani lah,” kata Mat Luthfi.

Nama 'show' ini ialah [email protected] !

Beberapa hari lepas Mat Luthfi baru sahaja keluar dari 'gua' dan berceloteh dengan manusia!