awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kalau dulu saya cuba elak Erra Fazira, tapi sekarang...' - Awie

Gempak
Gempak
29/06/2018
04:00 MYT
'Kalau dulu saya cuba elak Erra Fazira, tapi sekarang...' - Awie
AWIE: Kalau dahulu saya cuba elakkan diri daripada Erra, sekarang kami berkawan baik sebab banyak tawaran kerja yang mahukan kami bersama.
PELAKON dan penyanyi Datuk Awie mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan tidak terlalu mengikut emosi.
Malah katanya, dia kini bersikap lebih terbuka untuk bekerja dengan individu yang dahulunya pernah cuba 'dijauhi', misalnya Erra Fazira.
"Pengalamanlah yang banyak mendewasakan saya sebenarnya, kalau dahulu saya mudah marah dan melenting, sekarang situasi tak sama lagi.
"Saya lebih banyak melepak bersama keluarga berbanding keluar rumah.
"Malah, saya lebih terbuka. Tak ada guna untuk kita saling membenci satu sama lain kerana industri ini kecil sahaja.
"Contohnya Erra Fazira, kalau dahulu saya cuba elakkan diri daripadanya, sekarang kami berkawan baik sebab banyak tawaran kerja yang mahukan kami bersama," katanya.
Awie yang ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kak Limah di WOWKL, Kuala Lumpur baru-baru ini bakal menyaksikan gandingan sekali lagi bersama primadona Melayu itu untuk naskhah terbabit.
Awie yang mendukung peranan Husin akan 'didampingi' oleh Erra dalam beberapa babak dalam filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid itu.
Selain Awie, filem trilogi itu akan membariskan pelakon handalan antaranya Delimawati, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim, Jue Aziz dan penampilan khas Datuk Seri Vida.
Hantu Kak Limah bakal ditayangkan pada 9 Ogos 2018.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @awieofficial, Malaysia Kini
Topic Berkaitan
#Awie
#Datuk Seri Vida
#delimawati
#Erra Fazira
#Hantu Kak Limah
#Mamat Khalid
#Uqasha Senrose
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan