Penyanyi, Bella Astillah nafi tidak menjaga tempoh edah selepas bercerai dengan bekas suami, Aliff Aziz 16 Mei lalu.

Jelasnya, pergerakannya sentiasa dijaga ayah dan dia sendiri menjaga batas dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, tindakannya yang tetap aktif bekerja selepas melalui fasa perceraian menyebabkan ada netizen yang menuduhnya 'enjoy' walaupun masih dalam edah.

"Jadi dia cakap saya tidak jaga (tempoh) edah. Kalau kamu boleh tanggung saya sampai habis edah, tanggung susu sama pampers (Ayden), saya ok sahaja. Saya duduk rumah sahaja berkabung, tetapi kamu kena transfer duit. Bolehkah? Tak boleh kan? Jadi, Bella keluar cari rezeki untuk Ayden," katanya melalui status yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.

Bella memuatnaik status di IG stories dan kecewa dengan tuduhan netizen di media sosial.

BACA: Baru 2 minggu bercerai, Aliff Aziz mahu rujuk semula dengan bekas isteri?

Bella mengulas komen salah seorang pengguna media sosial yang menuduhnya tidak menjaga edah dan enjoy sepanjang tempoh berkenaan.

Kata bella, dia masih mempunyai komitmen dengan pemilik akaun Instagram tertentu bagi mempromosikan produk mereka kerana telah mengikat kontrak berkenaan sebelum kes perceraiannya lagi.

"Bukan saya tidak pandai jaga edah,tidak. I still have my mind, ada ayah, yang ada untuk tengokkan saya. Bella bukan happy-happy, enjoy tetapi untuk baby saya sebab kalau saya tidak kerja bukan kamu mahu tolong saya pun.

"Sebelum terjadi apa-apa pun, Bella sudah pernah tandatangan kontrak dengan mana-mana IG shop dan tiba-tiba selepas kejadian itu, Bella tidak boleh promote IG mereka, jadi ia tidak adil untuk mereka," kata Bella lagi.