BEBERAPA pelakon dan pengarah hari ini menyebarkan hashtag #KamiSokongKamil sebagai tanda sokongan kepada Ketua Pengarah Perbadanan Filem Nasional (FINAS), Datuk Kamil Othman.

Kempen yang turut disertakan hashtag #TakdokJureyAntaroKito (Tiada Jurang Antara Kita) itu dilihat sebagai respon terhadap tindakan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Datuk Jurey Latiff Rosli.

8 Mac lalu, Jurey telah menghantar surat kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran FINAS.

Menurut myMetro, Tindakan Jurey itu membuatkan lima persatuan iaitu Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Filem Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM), Persatuan Sinematografer Malaysia (MYSC) dan Persatuan Pos-Produksi & Animasi Malaysia (Postam) mahu keluar dari GAFIM.

‘Kamil peminat filem tegar’

Antara yang lantang mempertahankan Kamil ialah pengarah dan pelakon tersohor Afdlin Shauki.

Dalam akaun Instagramnya, Afdlin menyifatkan Kamil sebagai peminat filem tegar dan kedudukannya dalam FINAS tepat untuk memajukan industri filem tempatan.

Saya kenal KP finas yg baru ni dari masa dia jd dj main music underground bantu support banyak band band indie dan ketika tu dia kerja corporat kat shell ke mana entah, dan brader ni aku tahu memang passionate about the arts. Bila dia masuk Mdec dulu , meletop letop progress yg dicapai oleh MDEC dan bila dia dipindahkan untuk menjadi KP finas , saya seronok pasal baru pertama kali seorang peminat filem tegar yg berakal business menjadi KP Finas. Ya kebenarannya, ramai yg berada di finas tu bukan minat filem pun, dan ni cuma kerja untuk dapat nafkah sahaja. Tak salah, tapi industri ni diusahakan oleh people who are passionate about their craft so kat situ sahaja dah ada disconnect di antara previous finas dan the industry players. Saya percaya dgn konsep beliau to run finas like a business pasal kalau tidak akan ada terlalu ramai freeloaders dan org org yg mengambil kesempatan pasal takde accountabiliti. Kalau takde accountability attitude 'aku kerja gomen dan pergi cannes utk represent filem malaysia di sana, tapi pasal aku makan gaji baik aku pergi shopping kat sini', mesti akan ada kecuali kalau finas di kelolakan sebagai sebuah business, barulah berterabur staff nak kena jaga KPI atau LOI pasal kalau kompeni tak untong confirm kena buang kerja. Jadi sebagai pengusaha dan penerbit filem dan tv saya dan ramai rakan rakan yg inginkan filem malaysia menjadi lebih baik menyokong bro kamil 100%. You cannot do any worse than what we have had before. Please do something for the young and upcoming generation. Let them have an industry we can all take pride to be a part of. Hahaha may Allah permudahkan your journey bro. Aamiin. #penggiatfilembersamakamil #selamatkanindustrifilemmalaysia #adadatuktaksemestinyabijak #kamibersamakamil

A photo posted by Afdlin Shauki (@afdlinshauki) on


Selain Afdlin, antara selebriti yang menzahirkan sokongan ialah Namron, Susan Lancester, Fatimah Abu Bakar, Bront Palarae, Sofia Jane, Iedil Putra, Cristina Stockstill, Rashidi Ishak, Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Beto Kusyairy, Azhan Rani, Vanida Imran, dan Dynas Mokhtar.