Tutup

Kasihan tengok ibu-ibu 'desperate' minta daging - Noh Salleh

Kasihan tengok ibu-ibu 'desperate' minta daging - Noh Salleh
Noh menyaksikan adegan memilukan saat menyambut Aidiladha di Syria. - Foto Instagram
MENERUSI sebuah entri di Instagram, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berkongsi pengalamannya berada di Syria ketika sambutan Aidiladha.

Menurut Noh, dia berasa tersentuh melihat penduduk berebut daging korban yang diagihkan, kebanyakan daripada mereka adalah golongan ibu.

"Rumah ini hanya melakukan penyembelihan dan pemotongan daging korban untuk pelarian di kem yang telah ditetapkan dan bukan untuk penduduk kampung berdekatan.

"Saya saksikan sendiri mereka di tempat penyembelihan terpaksa menghubungi polis untuk datang kawal penduduk kampung yang mahukan daging, jumlahnya terlalu ramai.
"Polis terpaksa bertegas sedikit kerana kebanyakkan dari mereka adalah ibu-ibu yang 'desperate' mahukan daging.

"Saya betul-betul kasihan, apa yang saya fikirkan mungkin mereka sudah janji dengan anak-anak untuk masak daging ketika raya haji," tulisnya.
 
 

Sesampai di tempat penyembelihan saya fikir buat apa nak bawak senapang lepak sini, rupa2nya tugas dia untuk standby kalau orang2 kampung yang datang mintak daging jadi agresif. . . Saya pernah mention di posting terdahulu pasal betapa pentingnya daging korban ini untuk mangsa2 perang ini. Rumah ini hanya melakukan penyembelihan dan pemotongan daging korban untuk pelarian di kem yang telah ditetapkan dan bukan untuk dieorang (orang2 kampung berdekatan), dan saya saksikan sendiri tempat penyembelihan terpaksa telepon polis untuk datang kawal orang2 kampung yg nak kan daging kerana makin ramai. Itu pun polis terpaksa bertegas sedikit kerna kebanyakkan nya ibu2 yang desperate for daging. Serious kasihan. Dalam otak saya mungkin dah janji dengan anak2 nak masak daging for raya haji.. adui.. . . الحمد لله Selesai ibadah korban arini dan kami telah deliver daging2 kepada kem kem yang telah diaturkan. Mohon go thru instastory saya, @aqlmuaz @khairulhakiminmuhammad @musanuwayri @officialmizznina yang ada bersama-sama menyampaikan sumbangan korang semua. #qurbancsm #CintaSyriaMalaysia

A post shared by Mohammad Noh Bin Salleh (@mohammadnohbinsalleh) on


Noh dan isterinya Mizz Nina menyertai Misi Korban dan Akikah 2018 bersama Persatuan Cinta Syria Malaysia, Mereka telah tiba di negara berkenaan pada Isnin lalu.

Sumber : IG Noh Salleh