Tutup

Keith Foo buang tatu, kini harap dapat bawa pelbagai watak

Keith Foo buang tatu, kini harap dapat bawa pelbagai watak
Keith mengakui dia ingin memadam semua tatu itu bagi memudahkan dia melakonkan pelbagai watak pada masa hadapan. Foto Instagram @keithfoo
AKTOR popular, Keith Foo kini dalam proses untuk menghilangkan semua lukisan tatu yang berada di badannya.

Menurut Keith, dia hanya mahukan kulit tubuh yang bersih tanpa sebarang tatu dan menegaskan tindakan itu bukan atas permintaan sesiapa.

Bagaimanapun, Keith mengakui dia ingin memadam semua tatu itu bagi memudahkan dia melakonkan pelbagai watak pada masa hadapan.



Jelas Keith, proses memadam tatu itu akan dibuat secara berperingkat.
Keith mula berkongsi mengenai proses pembuangan tatunya itu mulai Isnin menerusi ruangan Instagram (IG) story-nya buat tatapan umum.