awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluar paku dari badan, pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob dakwa disihir

Gempak
Gempak
05/09/2017
08:00 MYT
Keluar paku dari badan, pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob dakwa disihir
Nizen pernah mendapatkan rawatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang dihidapinya pada awal Mei lalu.
PELAKON drama bersiri popular Gerak Khas, Nizen Ayob mendakwa dirinya telah disihir oleh pihak yang dikatakannya tidak bertanggungjawab.
Nizen, 32, mendedahkan perbuatan terkutuk itu menerusi akaun Instagramnya semalam.
Menerusi posting itu, Nizen memuat naik sekeping gambar menunjukkan sebatang paku berkarat dan objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti selain kecederaan di dahinya ketika berubat.
"Ingatlah setiap penyakit ada ubatnya, ingatlah setiap yang hidup pasti ada mati,
"Ingatlah syurga pasti ada neraka, ingatlah setiap yg sakit pasti ada sihatnya kecuali kematian, ingatlah iman seseorang pasti ada nafsunya, yang sabar itu pasti ada barannya.
"Selagi aku mampu tersenyum aku akan tersenyum, semoga kepuasan milikmu wahai pengirim sekali lagi...
"Percayalah Allah itu ada... Cuma kali ni berbekas sikit kepala aku waktu keluarkan," tulisnya di Instagram.
Ingatlah setiap penyakit ada ubatnya, ingatlah setiap yg hidup pasti ada mati, ingatlah syurga pasti ada neraka, ingatlah setiap yg sakit pasti ada sihatnya kecuali kematian, ingatlah iman seseorang pasti ada nafsunya, yang sabar itu pasti ada barannya.. Selagi aku mampu tersenyum aku akan tersenyum, semoga kepuasan milikmu wahai pengirim sekali lagi...percayalah Allah itu ada... Cuma kali ni bebekas sikit kepala aku waktu keluarkan...
A post shared by Nizen Ayob (@nizenayob) on
Sep 3, 2017 at 7:10pm PDT
Terdahulu, Nizen pernah mendapatkan rawatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang dihidapinya pada awal Mei lalu.
Objek serupa dan beberapa batang paku berkarat didakwa telah dikeluarkan daripada badannya.
Wahai hati dimana rasa itu pergi.. Mungkin rasa itu hanya tinggal benci atau dendam bukan lagi kasih dan sayang.. Walau siapa jua pengirimnya aku hanya mampu tersenyum.. Nama aku mesti tangga pertama dalam hatimu... Andai 1 rezeki ko tutup punya 100 lagi jalan untuk mencari .. Andai kebencian dihatimu pasti satu hari nanti ada kasihan dihatimu.. Dan andai kematian yg kau inginkan. Alhamdulillah aku masih diberi nafas untuk bernyawa... #pengirimmisteri
A post shared by Nizen Ayob (@nizenayob) on
Apr 30, 2017 at 10:07pm PDT
Nizen mempunyai pertalian darah dengan legenda seni tempatan, Allahyarham Datuk S. Roomai Noor serta isteri, Allahyarham Datin Umi Kalthum dan pernah membintangi drama popular antaranya Janji Jaslina, Istikharah Cinta dan Cinta Jannah.
Teks oleh: Amri Hassan Sumber: IG @nizenayob
Topic Berkaitan
#Gerak Kha
#Instagram
#paku
#sihir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan