"Kenal masa 'private party', tak buat apa pun" - Skandal curang Aliff Aziz buka cerita sebenar

"Kenal masa 'private party', tak buat apa pun" - Skandal curang Aliff Aziz buka cerita sebenar
Skandal kecurangan Aliff dan Mell mulai tersebar pagi Selasa apabila rakan gadis itu menyebarkan foto mereka dalam keadaan intim ekoran perselisihan faham berkaitan hutang. - Foto Twitter/@niairwan7
GADIS yang dikaitkan dengan skandal kecurangan Aliff Aziz, Mell, mendakwa mengenali pelakon itu menerusi sebuah parti tertutup.

Malah, Mell menjelaskan tiada sebarang hubungan istimewa antara mereka berdua.

"Saya mengaku walaupun saya tangkap gambar dengan Aliff saya takda buat apa pun dan saya kenal Aliff masa dekat private party.

"Masa tu ramai orang dan masa tu kawan saya pun ada diorang tahu batas saya.
"Semua ni punca sebab dengki sampai gambar tu jadi permulaan gosip.

"Sampai saya buat live pun diorang record sebab apa. Sebab iri saya ada tagkap gambar dengan artis dan perburukkan saya macam-macam.

"Saya betul-betul minta maaf sampai jadi kes sebesar ni. Saya tak tahu macam mana nak betukan semua ni," tulisnya menerusi entri di Instagram.
 

Mell juga menyarankan orang ramai mendapatkan kepastian tentang hubungan mereka menerusi Aliff sendiri.

Skandal kecurangan Aliff dan Mell mulai tersebar pagi tadi apabila rakan gadis itu menyebarkan foto mereka dalam keadaan intim ekoran perselisihan faham berkaitan hutang.

BACA: Aliff Aziz buat hal lagi? Foto 'curang' mirip suami Bella Astillah tersebar

Ekoran pendedahan itu, isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik kenyataan akan meneruskan hidup bersendirian tanpa melibatkan pelakon lelaki itu lagi.

BACA: "Saya Akan Teruskan Hidup Saya Tanpa Aliff!" - Bella Astillah

Kecurangan Aliff itu merupakan kes ketiga dilaporkan media sejak 2017.

Alff pernah dikaitkan pernah curang bersama dua pelakon wanita Afifah Nasir dan Octovia Manrose.

Tag: Instagram, Aliff Aziz, penyanyi, pelakon, Mell, skandal


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.