Tutup

Kenapa Arjun Kapoor 'zip mulut', enggan ulas pemergian ibu tiri, Sridevi?

Kenapa Arjun Kapoor 'zip mulut', enggan ulas pemergian ibu tiri, Sridevi?
Menurut laporan media tempatan, Arjun kelihatan dalam keadaan sedih saat tiba di Mumbai untuk memberi penghoratan terkahir kepada mendiang ibu tirinya. Foto: Youtube
DUNIA hiburan Bollywood digemparkan dengan berita pemergian Sridevi Kapoor pada usia 54 tahun di Dubai pada Sabtu.

Susulan berita pemergian itu, anak tirinya Arjun Kapoor bergegas pulang ke pangkuan keluarga walaupun sedang dalam sesi pengambaran untuk filem terbaru berjudul Namastey England bersama Parineeti Chopra di Amritsar, Punjab.

Menurut laporan media tempatan, Arjun kelihatan dalam keadaan sedih saat tiba di Mumbai untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ibu tirinya.

Dalam pada itu, media tempatan turut melaporkan Arjun enggan mengulas lanjut tentang kematian mendiang ibu tirinya yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Dalam video yang dimuat naik di portal YouTube milik Home Bollywud, Arjun jelas kelihatan enggan untuk memberi sebarang komen saat meskipun diserbu wartawan menuju masuk ke dalam kereta.

Beliau turut kelihatan menolak beberapa orang yang menghalang laluan pintu masuk rumah milik pakciknya, Anil Kapoor.

Video menunjukkan Arjun Kapoor menolak beberapa orang yang menghalang pints mask rumah pakciknya, Anil Kapoor. Sumber: Youtube
Video yang berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga mendapat tontonan lebih 10 juta dan menjadi trending di YouTube pada Isnin.

Netizen pula menyifatkan media tempatan tidak punya rasa belas kasihan kerana memaksa Arjun yang sedang berduka untuk mengulas lanjut tentang kematian ibu tirinya.
Antara komen netizen yang menyifatkan media tempatan tidak punya rasa belas kasihan terhadap Arjun Kapoor.Sumber: Youtube
Turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Neelima Azeem iaitu ibu kepada Shahid Kapoor dan pelakon veteran Rekha.

Aktres dengan nama sebenar Shree Amma Yanger Ayyapan itu mengalami serangan jantung ketika menghadiri majlis perkahwinan keluarga di Emiriah Arab Bersatu.

BACA: Sridevi meninggal dunia akibat serangan jantung

Suaminya, Boney Kapoor, dan anaknya, Khushi, dilaporkan berada di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir.

Sridevi memulakan karier gemilangnya ketika berumur empat tahun dengan memegang peranan dalam filem Tamil, Thunaivan.