CIK B, anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) pada Selasa lalu telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap lelaki-lelaki yang mahu mengajak ibunya kahwin.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik DSV di Instagramnya, Cik B telah memberi amaran kepada lelaki-lelaki yang ingin mendekati mamanya.

“Ini perisai saya! Jangan sesiapa berani dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama. Saya tak bagi! Siapa-siapapun...Semua tu nak perhatian, nak duit. Saya tahu la.

“Kenapa nak kahwin dengan mak saya? Nak glemer? Nak kaya? Nak duit?” katanya dalam nada tidak puas hati.

Video tersebut telah ditonton hampir setengah juta kali sejak dimuat naik.

Pada entri tersebut, DSV memberitahu Cik B naik marah tetapi tidak pasti kepada siapa.

Sementara itu, lebih 2,000 komen telah ditulis pada video tersebut dan rata-ratanya terhibur melihat gelagat Cik B.

Mereka turut kagum dengan sikap berani Cik B untuk bersuara dan menyuarakan isi hatinya kepada orang ramai.

@mom_rids: "Terbaik la Cik B, walaupun video ini macam kelakar namun mesej yang ingin disampaikan amat berguna dan makan dalam."

@areesuhmmm: "Nasib budak, aku cukup faham perasaan anak-anak yang sayang sangat kepada ibu dia. Chaiyook Cik B."

@kdollah: "Alahai Cik B ni comel je muka tu pakai spek pink kecik. Adoi, nanti dah besar mesti comey macam mama dia ni. Mungkin agaknya Cik B dah geram dengan sikap netizen kot."

@fizazaidin: "Takda peluang la mak nak kawin. Gitu cerita yang sebenarnya."

@mimie: "Cik B buat hal. Semoga Allah temukan Datuk Seri Vida dengan pasangan yang memahami dan menyanyinya sehingga ke Jannah. Amin."

CikB naik marah