awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerana BLACKPINK, Abby Abadi dan Caprice bertelagah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/02/2019
01:00 MYT
Kerana BLACKPINK, Abby Abadi dan Caprice bertelagah
Luahan Abby di akaun Instagramnya itu mendapat reaksi Caprice yang menyifatkan tidak sepatutnya perihal pemakaian dijadikan isu besar. - Foto Instagram
BEBERAPA hari lalu, pelakon Abby Abadi membuat teguran tentang garis panduan pemakaian artis luar selepas kuartet Korea Selatan, BLACKPINK, tampil dengan pakaian yang didakwa mencolok mata dalam konsert mereka, hujung minggu lepas.
Abby berpendapat adanya ketidakadilan apabila tiada yang membuat bantahan tentang perkara itu, situasi yang berbeza dengan sewaktu kehadiran Selena Gomez ke negara ini beberapa tahun yang lalu.
Luahan Abby di akaun Instagram miliknya itu mendapat reaksi Caprice yang menyifatkan tidak sepatutnya perihal pemakaian dijadikan isu besar kerana ia perkara biasa bagi sebuah konsert K-Pop.
"Contohnya, kalau anda pergi konsert artis nasyid, anda dapat lagu-lagu agama. Kalau anda ke konsert rock, anda akan lihat gaya fesyen rock dan dengar muzik sangat loud," katanya dalam satu video reaksi di Instagram.
Namun ia menimbulkan rasa kurang senang Abby apabila Caprice bertindak mengimbas kisah dia bersama kumpulan Elite.
"Dahulu, saya juga merupakan peminat Elite kerana anda semua ketika itu muda dan seksi, saya juga masih muda ketika itu.
"Yang penting, manusia perlukan masa untuk berubah," tambahnya.
Dalam reaksinya, Abby menyifatkan Caprice tidak memahami teguran yang dibuatnya kerana apa yang menimbulkan rasa tidak puas hatinya adalah sikap double standard sesetengah pihak yang hanya menguatkuasakan undang-undang pemakaian terhadap artis tertentu sahaja.
"Dakwah anda hebat, tetapi jangan rajin sangat buat ulasan seolah-olah anda tahu semua perkara," pesan Abby.
View this post on Instagram
Eventually, we all move on. Eventually we will all improve... and eventually, all of us will have to return to Him.
A post shared by Caprice (@capriceofficial) on
Feb 24, 2019 at 8:48am PST
Topic Berkaitan
#Abby Abadi
#BLACKPINK
#Caprice
#Instagram
#konsert
#Korea Selatan
#pemakaian
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan