PENYANYI dan pelakon jelita, Farahdhiya sememangnya menggemari masakan Melayu, terutamanya yang mengandungi petai.

Menerusi kemas kini Farahdhiya di laman Instagram miliknya, dia memuat naik sekeping foto dirinya sedang mengopek sekotak petai.

"Ada bakat jadi calon menantu mak awak tak? Party petai namanya ni! Thanks for the petai! You know who you are. #kopekpetaisendiri," tulis Farahdhiya sambil berseloroh.

Ada bakat jadi calon menantu mak awak tak?


Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama bergurau dengan Farahdhiya dan mahu menjadikan pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu sebagai calon menantu.

"@elly.allan61: Okay aunty masuk meminang."

"@verrybaddaniel: Calon menantu dah lulus dah, petai tu banyak-banyak nak makan ke niaga ni."

@saleha_atan: Kopek petai pun lawa."

@kukamalbahrin: @farahdhiya_fd ibu saya dah tengok gambar ni dia kata lulus jadi menantu."

"@kak_nour: Beruntung nau nau sesiapa dapat @farahdhiya_fd buat menantu. Pakej cantek + rajin + pandai masak."


Dalam pada itu, pengikut laman Instagram Farahdhiya juga memuji bakat dan kebolehan penyanyi ini memasak di dapur.