Di sebalik siri kontroversi yang melanda artis dan selebriti tanah air beberapa hari ini, pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam mendapat pujian ramai apabila bertindak menyelamatkan anak anjing yang terjatuh ke dalam longkang.

Menerusi video berdurasi satu minit yang dimuat naik Izzue menerusi laman Instagramnya (IG) kurang sejam yang lalu, memaparkan aksinya yang cuba sedaya upaya mengambil dua ekor anak anjing yang terjatuh itu.

“Kesian anak anjing ni, mana mak dia?” tulis Izzue pada kapsyen video tersebut.

Rata-rata pengikutnya di IG memuji tindakan Izzue yang disifatkan sebagai cukup prihatin biarpun melihatkan haiwan yang dianggap terlalu sensitif dengan orang Islam.

Izzue dilihat menggunakan kayu penyodok untuk mengangkat anak anjing tersebut ke atas sekali gus menyelamatnya daripada dihanyutkan air.

Turut kelihatan dua lelaki yang membantu Izzue mengangkat seekor lagi yang turut terperangkap di dalam longkang.

Dalam masa tidak sampai 30 minit, video tersebut telah mendapat 17,000 likes selain komen-komen positif yang diberikan netizen sebagai tanda sokongan atas keprihatinan Izzue.