awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid umum siri jelajah Asia tahun 2020, Malaysia tersenarai!

Gempak
Gempak
04/12/2019
10:00 MYT
Khalid umum siri jelajah Asia tahun 2020, Malaysia tersenarai!
Siri jelajah di Malaysia akan berlangsung pada 4 April 2020 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. - Twitter: @thegreatkhalid
PENYANYI dan komposer terkenal dari Amerika Syarikat, Khalid telah mengumumkan siri jelajah Asia pada tahun 2020 dan Malaysia antara lokasi yang turut tersenarai.
Menerusi laman sosial Twitter, Khalid memuat naik poster siri jelajahnya, ‘Khalid Free Spirit Asia Tour 2020’ untuk tatapan umum.
“See you there, Asia,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Khalid bakal memulakan konsertnya di Bangkok, Thailand pada 24 Mac 2020 dan berakhir di Bangalore, India pada 14 April 2020.
Siri jelajah di Malaysia akan berlangsung pada 4 April 2020 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
Meninjau ruangan Twitter, rata-rata peminat di Malaysia cukup teruja menerima kehadiran Khalid dan tidak sabar untuk menonton persembahannya nanti.
“Tidak sabar menanti. Terima kasih dari Kuala Lumpur!” ujar seorang wargamaya.
“I'm so glad so many people are going to be able to experience this amazing tour,” kata seorang wargamaya.
“Wowowow legend is coming,” ujar seorang lagi wargamaya.
Kicauan daripada Khalid itu sehingga kini telah menerima lebih 17,000 ulang kicau dan 54,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Terdahulu, Khalid yang pernah menerima enam pencalonan Anugerah Grammy cukup dikenali menerusi lagu-lagunya yang berjudul Young, Dumb & Broke, Location, Eastside, Talk dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
#jelajah Asia
#Khalid
#komposer
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan