awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Kardashian dirompak dua lelaki bersenjata

Agensi
Agensi
03/10/2016
05:06 MYT
Kim Kardashian dirompak dua lelaki bersenjata
Jurucakap keluarga Kardashian, Ina Treciokas memberitahu CNN bahawa tiada kecederaan berlaku tetapi Kim kini berada dalam keadaan trauma. - Foto Fail
BINTANG realiti TV Kim Kardashian dilaporkan diugut lelaki bersenjata yang memakai topeng di bilik hotelnya di Paris.
Dua lelaki tersebut berpakaian seperti pegawai polis, bertindak menghalakan pistol ke arahnya ketika kejadian.
Jurucakap keluarga Kardashian, Ina Treciokas memberitahu CNN bahawa tiada kecederaan berlaku tetapi Kim kini berada dalam keadaan trauma.
Kim di Paris ketika ini bagi menghadiri Minggu Fashion Paris bersama ibunya Kris Jenner dan adiknya, Kendall Jenner.
Dalam masa yang sama, penyanyi rap yang juga suami kepada Kim, Kanye West dilaporkan meninggalkan konsertnya lebih awal di Festival Meadows di New York pada malam Ahad, sebaik mengetahui kejadian menimpa isterinya.
Sementara itu, menurut laporan AFP, penyerang yang menyamar sebagai polis itu berjaya merompak barangan bernilai berjuta-juta, terutamanya dalam bentuk barang kemas.
Polis Paris berkata, jumlah kerugian melibatkan "beberapa juta euro, kebanyakannya barang kemas," sambil menambah bahawa mereka masih menilai jumlah keseluruhan yang dicuri dan telah membuka kertas siasatan.
Topic Berkaitan
#Kim Kardashian
#lelaki bersenjata
#rompakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan