HIBURAN
Kim Kardashian lancarkan 'Kimoji' untuk penggemar emoji

Antara ikon menarik dalam Kimoji adalah ikon selfie.
Bintang realiti Amerika Syarikat, Kim Kardashian, melancarkan papan kekunci emoji jenamanya sendiri yang dinamakan 'Kimoji'.
Kimoji dilancarkan di Apple App Store pada Isnin dan jutaan peminat Kardashian mula memuat turunnya sebaik sahaja ia dilancarkan.
Antara ikon emoji yang ditawarkan Kimoji adalah pengering rambut, donut dan paling menarik, adalah ikon selfie.
Kardashian antara selebriti yang sangat aktif di Instagram dan Twitter, dan sangat gemar menggunakan emoji dalam kapsyen yang ditulisnya.
Isteri kepada Kanye West yang dikenali kerana obsesinya terhadap selfie itu kini memiliki lebih 55 juta pengikut di Instagram.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami