awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Komen Awie lukakan hati saya' - Amy Search

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
25/05/2016
08:36 MYT
'Komen Awie lukakan hati saya' - Amy Search
Amy terguris dengan kenyataan daripada Awie seperti yang disiarkan dalam sebuah portal. - Gambar fail/Instagram Amy Search
Vokalis Search, Suhaimi Abdul Rahman kecewa dengan kenyataan yang dibuat penyanyi sealirannya, Awie, berkenaan hubungannya dengan Yazit Ahmad.
Beliau yang lebih popular dengan panggilan Amy ketika dihubungi Astro AWANI berkata, komen daripada vokalis Wings tersebut benar-benar melukakan hatinya.
"Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak," katanya dalam nada kecewa.
Bagaimanapun, Amy tidak menyalahkan Awie 100 peratus kerana percaya pelakon utama Sembilu itu hanya mendengar daripada sebelah pihak.
"Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja," jelasnya.
Sebelum ini, portal Projek MMO melaporkan Awie atau nama asalnya Ahmad Azhar Othman menasihati Amy agar memberi lebih perhatian kepada Yazit yang juga merupakan pemain dram kumpulan Search.
Katanya, menurut portal itu, Amy adalah pemilik sekolah tahfiz tetapi mengabaikan Yazit, sekali gus memohon agar Amy membantu rakannya itu kerana ia juga adalah 'saham akhirat'.
"Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.
"Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini," Awie dipetik sebagai berkata oleh Projek MMO.
Projek MMO turut melaporkan Awie sebagai berkata, ahli-ahli Search seharusnya bermuhasabah dan mengetepikan ego masing-masing.
Jelasnya, Yazit harus dibantu kerana pengasas kumpulan rock itu hanya menjadikan muzik sebagai satu-satunya sumber pencarian.
"Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego," katanya.
Namun, Amy pada minggu lalu menafikan dia dan ahli-ahli Search yang lain mengabaikan Yazit sepanjang enam tahun menerima rawatan di hospital.
Kemelut antara Yazit dan Amy berlaku susulan dakwaan Search tidak membayar wang pendahuluan 'Konsert Search 35 tahun' sehingga perkara itu dilaporkan ke balai polis.
Topic Berkaitan
#Amy
#Awie
#kebajikan Yazit
#Portal MMO
#search
#Yazit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan