Tutup

'Kononnya nak berkumpul semua adik beradik, last-last...' - Kampung Achey banjir!

'Kononnya nak berkumpul semua adik beradik, last-last...' - Kampung Achey banjir!
Achey berkongsi di Instagram dia bersama isteri dan anak saudara menaiki kereta pacuan empat roda merentasi banjir.
PELAWAK dan penyanyi Achey tidak menyangka apabila buat pertama kalinya, kampung orang tuanya di Labis, Segamat, Johor dilanda banjir.

Rancangan Achey pada mulanya untuk menyambut hari lahir serta berkumpul bersama keluarga beramai-ramai bertukar apabila kampungnya mula dinaiki air dan banjir.

Namun Achey gembira melihat anak buahnya teruja merasai pengalaman banjir di kampung.

“Kononnya nak berkumpul semua adik beradik, sambut birthday dan ‘bergathering’ bersama... semua balik cun-cun... last-last birthday kemana, gathering kemana... semua kelam kabut melayan banjir.
“Sebenarnya sebab first time cucu- cucu Hamzah ni dapat tengok banjir kat kampung Atuk dia... ..

“Apa-apa pun menghiburkan keluarga lebih puas terasa... kerana mereka kenal apa niat dan tujuan kita hiburkan mereka...” tulisnya.
Achey yang juga ahli kumpulan Bocey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik fotonya bersama isteri serta anak buahnya menaiki kereta pacuan empat roda merentasi banjir.

Rata-rata terhibur melihat gelagat Achey dan anak buahnya.

Achey yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah sejak lapan tahun lalu mengambil Tiara Zinnirah sebagai anak angkat pada Mei tahun lalu.