awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: SEVENTEEN batal konsert di Kuala Lumpur, lima lokasi lain

Isabelle Leong
Isabelle Leong
09/02/2020
05:25 MYT
Koronavirus: SEVENTEEN batal konsert di Kuala Lumpur, lima lokasi lain
SEVENTEEN yang membuat debut pada tahun 2015 dianggotai 13 anak muda iaitu Jun, The8, Vernon, Joshua, S Coups, Jeonghan, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, Seungkwan dan Dino.
KUMPULAN K-Pop terkenal, SEVENTEEN membatalkan konsert jelajah dunia ODE TO YOU di Kuala Lumpur berikutan penularan wabak novel koronavirus (2019-nCoV).
Pembatalan tersebut disampaikan penganjur konsert, iME Malaysia menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasminya.
“Kami memandang serius keselamatan dan kesihatan artis, kakitangan dan juga peminat kami.
“Selepas membuat pertimbangan, kami mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan artis, Pledis entertainment dan kami ingin mengumumkan bahawa konsert SEVENTEEN yang dijadualkan untuk berlangsung pada 22 Februari ini di Axiata Arena akan dibatalkan bagi mencegah jangkitan koronavirus,” kata iME dalam kenyataan rasmi tersebut.
Penganjur berjanji akan mengembalikan wang tiket kepada CARAT (nama fandom SEVENTEN) yang sudah membeli tiket.
“Butiran untuk mendapatkan bayaran balik penuh akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Nantikan kemas kini di laman Facebook, Twitter dan Instagram iME MY.
“Kami ingin meminta maaf atas sebarang kesulitan dan terima kasih kerana memahami,” tambahnya.
Sementara itu, menerusi laman Twitter rasmi SEVENTEEN, kumpulan Korea Selatan tersebut juga memuat naik kenyataan untuk membatalkan konsert di lima lokasi yang lain.
SEVENTEEN WORLD TOUR [ODE TO YOU] pic.twitter.com/ZikJvtzjAr
— (SEVENTEEN) (@pledis_17) February 9, 2020
Antaranya konsert di Taipei, Madrid, Paris, London dan Berlin yang dijadualkan berlangsung pada bulan Februari dan Mac.
SEVENTEEN yang membuat debut pada tahun 2015 dianggotai 13 anak muda iaitu Jun, The8, Vernon, Joshua, S Coups, Jeonghan, Hoshi, Wonwoo, Woozi, DK, Mingyu, Seungkwan dan Dino.
Topic Berkaitan
#SEVENTEEN
#K-pop
#konsert
#Ode To You
#CARAT
#fandom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan