awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kreativiti tahap maksima! Yuna gayakan sanggul lintang pada kulit album 'Rouge'

Isabelle Leong
Isabelle Leong
18/05/2019
03:03 MYT
Kreativiti tahap maksima! Yuna gayakan sanggul lintang pada kulit album 'Rouge'
Jelas Yuna, 'Rouge' bermaksud merah dalam Bahasa Perancis yang menandakan cinta, semangat dan kekuatan. - Instagram/Yuna
SELEPAS tampil dengan single terbaharu, 'Blank Marquee', penyanyi Yuna bakal muncul dengan album keempatnya yang berjudul ‘Rouge’ pada 12 Julai depan.
Berita tersebut disampaikan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai menerusi muat naik pada Instagram peribadinya pada Jumaat.
Dalam entri tersebut, Yuna turut berkongsi kulit hadapan album di mana beliau memakai gaun merah dan mengenakan sanggul lintang pada kepalanya, sekali gus menyerlahkan lagi busana yang sememangya sudah sedia anggun.
Menerusi temu bualnya bersama stesen radio tempatan Yuna berkongsi maksud di sebalik nama album terbaharunya itu.
Jelasnya, 'Rouge' bermaksud merah dalam Bahasa Perancis yang menandakan cinta, semangat dan kekuatan.
View this post on Instagram
Say hi to ROUGE ❤️ #ROUGE will be here on 7/12 (July 12th)! ❤️️❤️️❤️️ Pre-order it now: https://Yuna.lnk.to/Rouge Album cover shot by @steventaylor Visuals by me
“Untuk album ini, saya inginkan ‘vibe’ rekod lama seperti tahun 80-an dan 90-an.
“Saya selalu mendengar lagu Janet Jackson, Paula Abdul dan Michael Jackson semasa saya membesar.
“Album ini mempuyai vibe begitu tetapi tidak sama dan ia mempunyai tempo yang mengingatkan anda tentang sesuatu memori atau sesuatu dari masa lampau,” katanya dalam temu bual tersebut.
Isteri kepada pengarah video, Adam Sinclair itu turut mendedahkan bahawa beliau mengambil masa dua tahun untuk menyelesaikan album baharu ini.
‘Rouge’ akan menampilkan lagu hasil kolaborasi dengan nama-nama terkenal, termasuk G-Easy, Jay Park, Kyle dan Tyler, The Creator.
Penyanyi kelahiran Malaysia yang menempa nama di seluruh pelosok dunia itu juga meluahkan rasa terujanya untuk memasukkan lagu dalam bahasa Malaysia yang bertajuk ‘Tiada Akhir’.
“Saya selama ini memang ingin memasukkan lagu bahasa Malaysia dalam album Inggeris saya.
“Lagu ‘Tiada Akhir’ ini sepatunya sekadar interlud tetapi ia dijadikan sebagai sebuah lagu dalam album ini.
“Ia lagu yang indah dan saya sunggu teruja lagu ini dimasukkan dalam album ini,” tambahnya.
Senarai lagu dalam album Rouge:
1. Castaway (feat. Tyler, The Creator) 2. Blank Marquee (with G-Eazy) 3. (Not) The Love Of My Life 4. Teenage Heartbreak (with MIYAVI) 5. Pink Youth (with Little Smiz) 6. Forget About You 7. Likes (with KYLE) 8. Amy (with Masego) 9. Does She (with Jay Park) 10. Forevermore 11. Tiada Akhir
Adakah anda ternant-nanti album ‘Rouge’? Kongsikan pendapat anda di bahagian komen di bawah!
Topic Berkaitan
#Album
#Blank Marquee
#G-Easy
#Jay Park
#Kyle
#Rouge
#sanggul lintang
#Tyler the Creator
#Yuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan