awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis bola sepak Perlis: Rasa malu, terhina - Rita Rudaini

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/02/2019
07:03 MYT
Krisis bola sepak Perlis: Rasa malu, terhina - Rita Rudaini
Rita memaklumkan PFA menghubunginya, dipercayai ada kena mengena dengan kelab bola sepak RR Cougars FC miliknya. - @ritrud727
PELAKON Rita Rudaini mendedahkan dia pernah dihubungi Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk satu pertemuan tahun lalu, namun memilih untuk tidak meneruskannya selepas mendapat maklumat mengenai persatuan itu.
Menerusi entri di Instagram, Rita memaklumkan PFA pernah menghubunginya, dipercayai ada kena mengena dengan kelab bola sepak RR Cougars FC yang ditubuhkannya tahun lepas.
"Saya tak pandang tawaran atau wang ringgit. Saya banyak 'kaki', dan bila dapat maklumat, saya putuskan untuk tidak jumpa mereka," tulis Rita.
Tambah Rita lagi, kemelut yang melanda PFA sedikit sebanyak memberi kesan kepada masyarakat di Perlis, khususnya peminat bola sepak.
View this post on Instagram
Apa lagi....mlm td tgk berita rasa malu sgt...mula2 gah canang sana sini...sisturr pon pernah di hubungi oleh pihak sana masa tu ..mintak manager sisturr aturkan pertemuan..katanya nk bincang pasal team bola..antara sisturr punya team n perlis punya..konon mcm nk jv ka apa tah...tp sisturr xpandang offer or wang ringgit...sisturr siasat background..sisturr byk kaki...(maklum lah kak long kawasan indera kayangan singa utara ) ..dr mana,apa tujuan,apa ,apa motif,apa benefit n mcm2...n sisturr dpt jawapan...sisturr buat keputusan xnk meet up...bila sisturr dgr,bc berita,tgk berita...sisturr sbgai rakyat perlis sisturr rasa terhina n malu bila jd mcm ni.....bola sepak ni bukan utk seronok,bukan utk glamer,bukan hiburan,bukan nk feeling2 gila glam.....itu sebahagian dr pekerjaan n rezeki mereka...apa masalah President PFA? Or ada campor tgn pihak lain yg bg janji manis? Kemon PERLIS...walaupon negeri kita tercorot ke utara tp jgn la bg smua org kenal sbb benda2 busuk mcm ni....sisturr syg perlih...sisturr bangga jd anak perlih...tp APA DAH JADI NI?? mana President PFA n org persatuan? Jgn buat naya kt players..depa pon cari mkn mcm kita jugak... @neves7727 @wonei11 @indazain @zazams77 tolong pekemaih sat! #birukuning #singautara
A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on
Feb 19, 2019 at 10:53pm PST
"Saya sebagai rakyat Perlis rasa terhina dan malu apabila jadi begini. Bola sepak bukan seronok-seronok, bukan untuk glamour. Itu pekerjaan dan sumber rezeki mereka," kata Rita kesal.
Pelakon Anak Mami itu juga meminta pihak berwajib untuk turun padang dan bersama-sama mencari jalan penyelesaian kerana ramai antara pemain Perlis pernah menyarung jersi kebangsaan.
View this post on Instagram
Pls do something @syedsaddiq @kbsmalaysia or FAM or whatever persatuan berkenaan...ada antara mereka ni pernah mengharumkan nama negara n negeri satu ketika....sekurang2nya hargai jasa mereka...berat mata memandang berat lg bahu yg memikul....jgn abis madu sepah di buang @mfl_my @famalaysiaofficial #jgntgksaja
A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on
Feb 19, 2019 at 11:45pm PST
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Instagram
#Perlis
#rakyat
#Rita Rudaini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan