Kumpulan Shiro membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 selepas dinobat juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2018).

Ini kali pertama kumpulan ini melakar kemenangan dalam program terbitan Astro ini.

Duo gandingan Ajak dan Sharol ini mempamerkan persembahan mencuit hati dengan diselitkan pengajaran.

Shiro menumpaskan juara dua kali berturut-turut Bocey yang akur ditempat kedua dengan hadiah wang tunai RM250,000.

Di tempat ketiga, Zero yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.

Dua lagi finalis Puteh dan Taman di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000.

Kelima lima finalis turut membawa pulang trofi.

MLM 2018 berlangsung selama 13 minggu di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara.