Tutup

Lafaz cerai menerusi Whatsapp: 'Saya dan Tauke Jambu dah berpisah' - Nadia

Lafaz cerai menerusi Whatsapp: 'Saya dan Tauke Jambu dah berpisah' - Nadia
Kami bergaduh dan akhirnya, perpisahan yang dipilih... - Astro Gempak
ISTERI kepada pelawak Tauke Jambu, Nadia Mohd Affandi mengesahkan mereka sudah berpisah baru-baru ini.

Menurut Nadia, Tauke menceraikan dirinya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp dan ketika itu dia berada di kampung.

"Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpisah sejak masuknya tahun baharu.

“Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga," kata Nadia ketika dihubungi Gempak.
Tambah Nadia, ini bukan kali pertama dia bergaduh bersama Tauke membabitkan soal orang ketiga.

Selama ini, dia banyak bersabar kerana memikirkan soal rumahtangganya.
Tetapi, untuk kali ini, sabarnya diibaratkan sebagai sudah habis walaupun Tauke ada mencuba untuk berbaik.

"Tauke mempunyai ramai kawan perempuan, jadi agak susah untuk saya menghidu kegiatan Tauke pada awalnya.

"Sejak akhir-akhir ini, Tauke mempunyai hubungan dengan seorang wanita dari seberang.

"Sebenarnya, sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh rakan yang mereka ada bertemu dengan Tauke bersama wanita tersebut.

"Kami juga pernah berbincang mengenai permasalahan ini tetapi Tauke tidak mengaku dia mempunyai hubungan dengan wanita terbabit.

"Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang mengambil gambar pasangan itu ketika mereka makan di sebuah kedai, bertempat di Port Dickson lalu di-'mention'-kan di Instagram milik Tauke.

“Saya melihat gambar mereka berdua memandangkan saya mempunyai akses untuk memasuki Instagram Tauke.

"Kami bergaduh dan akhirnya, perpisahan yang dipilih," katanya kepada Gempak.

Tambah Nadia, dia juga akan membawa kes ini ke mahkamah dalam masa yang terdekat.

Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.


Tag: artis, selebriti, tauke jambu, nadia mohd affandi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.