LIRIK lagu dan muzik yang bersahaja pastinya membuatkan anda ingin menari setiap kali mendengar lagu dendangan Shawn Mendes dan Camila Cabello iaitu Senorita.

Maka tidak hairanlah jika lagu tersebut dinobatkan sebagai lagu pilihan musim panas 2019 yang dianjurkan aplikasi muzik Spotify.

Apa yang lebih menarik, lagu tersebut juga telah berjaya menewaskan lagu Old Town Road nyanyian Lil Nas X duet bersama Billy Ray Cyrus yang sebelum ini memecahkan rekod di carta 100 sebagai juara selama 19 minggu.

Laporan Entertaiment Weekyly menyatakan lagu Old Town Road tidak terpilih sepagai lagu pilihan musim panas kerana kiraan pelayar berdasarkan tempoh dari 1 Jun sehingga 20 Ogos.

Meskipun lagu Old Town Road telah viral dalam kalangan pelayar Spotify sejak April lalu namun populariti lagu tersebut sudah menurun dan meletakkan lagu tersebut di tempat keempat selepas lagu nyayian Ed Sheeran dan Justin Bieber menerusi lagu I Dont Care dan Billie Eilish dengan lagu Bad Boy.