Penyanyi popular, Lah Ahmad sememangnya dikenali ramai sebagai seorang penyanyi yang selesa bergerak secara solo tapi khabarnya menyertai kumpulan nasyid terkenal, Raihan.

Lah memuat naik status terbarunya di akaun Instagramnya, @lah_ahmad menyatakan Raihan mengajaknya untuk turut serta.

"Waktu pertama kali jumpa mereka sewaktu AIM annual dinner di PWTC 20 tahun dulu. Raihan baru keluar dengan lagu puji-pujian. Blessed to be around them. Much respect for them," katanya.

Malah, Lah juga bercerita dia bersama Raihan sering melakukan rakaman lagu di studio yang sama iaitu di Platinum Studios.

"Mungkin berkat recording mereka jugak lah yang melenturkan hati kami yg lain untuk berubah. Apapun memang @raihan evergreen till jannah," katanya.

Okay @raihaninternational dah ajak join group!!

Status Lah itu turut mendapat komen positif netizen di media sosial yang menyokong karier seni selebriti itu agar terus berjaya.

"@raihaninternational + @lah_ahmad, cover 1 lagu please. Mesti best," kata @faridil_fikri.

Bekas anggota kumpulan VE ini pernah aktif bersama kumpulan nasyid Al Mawlid sebelum bergerak secara solo.

Lah juga muncul mengadakan persembahan untuk program Gema Gegar Vaganza 2018 ketika mengiringi persembahan kumpulan Inteam.