awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lakonan Mawi dapat pujian pelakon hebat, dialog Ustaz Azhar bukan mudah

Gempak
Gempak
04/09/2018
09:41 MYT
Lakonan Mawi dapat pujian pelakon hebat, dialog Ustaz Azhar bukan mudah
Lebih mencabar, Mawi yang tidak tahu membawa bot diminta untuk melakukan aksi tersebut untuk babak di sungai.
FILEM seram paling laris ketika ini, Munafik 2 yang mencatat sejarah kutipan RM21.6 juta hanya dalam tempoh empat hari tayangan terus menarik ramai penonton ke pawagam termasuk penangan watak Ustaz Azhar yang dikatakan memberi kesan mendalam pada penonton.
Pendukung watak tersebut iaitu Mawi mengakui terkejut dengan respons penonton terhadap filem itu termasuk lakonannya yang diterima positif penonton.
"Lebih terkejut apabila lakonan saya itu dikomen pelakon yang lebih hebat daripada saya seperti Datin Paduka Umie Aida dan Noorkhiriah," katanya kepada Astro Gempak.
Ujarnya, meskipun hanya melakonkan beberapa babak, Mawi mengakui ia bukan tugas yang mudah.
"Syamsul Yusof punya skrip bukan dialog seperti perbualan biasa. Dia cakap memang nak lakonan Ustaz Azhar bukan Mawi.
"Dia tak nak 'bunyi' Mawi. Memang saya berlakon ikut skrip dan saya hormat dia sebagai pengarah," katanya.
“NAK JADI DIA JADI” Alhamdulillah ... . . . Repost from @syamsulyusoffilm @TopRankRepost #TopRankRepost Allah Maha Kaya ☝ . The Highest Grossing Opening In Malay Film History! . Munafik 2 - Fisabilillah collection info ➡ 2 million (hari pertama) 3.6 million (hari kedua) . Alhamdulillah & Terima Kasih ❤ #recordBreaker #fantasticAchievement #munafik2 #Fisabilillah
A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on
Aug 31, 2018 at 12:46am PDT
Penyampai radio Zayan ini memberitahu ketika dia berlakon ternampak Syamsul tergelak.
"Syamsul cakap kau (Mawi) buat apa pun aku tergelak padahal babak serius," katanya.
Lebih mencabar, Mawi yang tidak tahu membawa bot diminta untuk melakukan aksi tersebut untuk babak di sungai.
"Dah la saya tak reti bawa bot. Saya cakap pada Syamsul, kau jangan buat gila tapi dia selamba jawab kau boleh.
"Sejujurnya, saya rasa tak cukup bagus dengan lakonan kali ini, Orang nampak Azhar yang mempunyai perwatakan yang baik terkorban tapi penonton boleh tengok dalam karakter berbeza dalam filem saya, Filem Tiada Tajuk, nanti," katanya.
Mawi mengakui tajuk Munafik 2 sudah ada 'followers' dibandingkan filem pertamanya yang mengutip RM200,000 pada hari pertama sebelum mencatat kutipan lebih baik.
"Daripada kutipan, kita boleh tahu filem ini orang suka tengok atau tidak.
"Kedua, penonton sudah tentu menjangkakan sekuel kali ini lebih bagus dan ketiga, penonton memberi review yang tinggi sehingga 9 daripada 10," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
#Mawi
#Munafik 2
#Syamsul Yusof
#Umie Aida
#ustaz azhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan