Tutup

Lebih 12,000 tonton jelajah OlaBola Musical, bakal 'pulang' ke Lembah Klang

Lebih 12,000 tonton jelajah OlaBola Musical, bakal 'pulang' ke Lembah Klang
Selepas tiga lokasi, jelajah OlaBola Musical catat lebih 12,000 penonton. - Enfiniti
KUALA LUMPUR: Pengarah OlaBola Musical Merdeka Tour, Puan Sri Tiara Jacquelina cukup berpuas hati dan gembira dengan sambutan yang diterima di tiga lokasi jelajah yang disinggahi mereka, setakat ini.

Tiga lokasi tersebut ialah Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu, yang menyaksikan pementasan itu menerima lebih 12,000 penonton keseluruhannya.

Selain itu, persembahan di Kuching yang distrim secara langsung melalui Facebook, turut menerima sambutan membanggakan dengan lebih 64,000 tontonan.

"Ia satu perkara yang hebat, membawa keajaiban teater, muzik dan seni persembahan ke seluruh negara. Kebanyakan yang datang menonton adalah mereka yang kali pertama merasai pengalaman menonton teater.
"Saya berbesar hati dapat mementaskan OlaBola ke seluruh negara dengan sokongan rakan-rakan korporat kami. Ini hadiah yang bermakna sempena bulan kemerdekaan," kata Tiara.

Jelajah pementasan itu akan bersambung di Auditorium RTM, Kuantan pada 21 September ini.
Stadium Perpaduan Kuching antara lokasi yang disinggahi jelajah OlaBola Musical. - Enfiniti

Dalam pada itu, peminat di Lembah Klang sekali lagi berpeluang untuk menonton OlaBola Musical apabila kerajaan negeri Selangor menyatakan minat untuk mementaskannya sebagai penutup kepada siri jelajah berkenaan.

"Kami menerima banyak permintaan daripada peminat yang merindui dan mahu merasai sekali lagi pengalaman menonton OlaBola Musical.

"Ini satu berita baik, di mana kami mungkin akan membawa OlaBola Musical 'pulang' selepas menjelajah dan menyebarkan mesej perpaduan ke serata negara," tambah Tiara.

OlaBola Musical sebelum ini telah dipentaskan di Istana Budaya untuk dua musim, iaitu 2018 dan 2019.


Tag: OlaBola Musical, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuching, Merdeka, OlaBola Musical Merdeka Tour, Tiara Jacquelina



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.