Tutup

Lentuk si cantik: BLACKPINK dan Ariana Grande akhirnya bertemu di Coachella

Lentuk si cantik: BLACKPINK dan Ariana Grande akhirnya bertemu di Coachella
Gambar yang menunjukkan pertembungan dunia muzik timur dan barat itu rupa-rupanya diambil di belakang pentas di Coachella. - instagram.com
KUMPULAN K-pop terkemuka, BLACKPINK akhirnya bertemu dengan penyanyi pop Amerika, Ariana Grande di Festival Muzik Coachella 2019, Amerika Syarikat.

Pada Selasa, penyanyi ‘Thank You, Next’ tersebut memuat naik gambarnya bersama-sama tiga anggota BLACKPINK iaitu, Lisa, Rose dan Jennie.

Gambar yang menunjukkan pertembungan dunia muzik timur dan barat itu rupa-rupanya diambil di belakang pentas di Coachella.

Peminat juga dilaporkan melihat BLACKPINK di set Grande di festival muzik tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 



Ketiadaan visual kumpulan atau penyanyi vokal utama, Jisoo menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan Blink (nama fandom BLACKPINK).
Keempat-empat anggota mengambil giliran untuk menikmati hari cuti mereka ketika di Amerika Syarikat dan ia dipercayai merupakan hari cuti buat Jisoo.

Sebelum ini, Grande menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan penyanyi-penyanyi ‘Kill This Love’ namun tidak tercapai kerana mereka membuat persembahan pada hari yang berlainan.



“BLACKPINK tiada di situ kerana membuat persembahan pada hari yang berbeza.

“Saya berharap dapat bertemu dengan mereka pada minggu ini! Mereka sangat menakjubkan!” balasnya menerusi laman Instagramnya apabila ditanya sebab beliau tidak bertemu dengan BLACKPINK.

BLACKPINK turut tampil pada festival muzik terkenal di Indio, California pada 12 dan 19 April.


Tag: BLACKPINK, Ariana Grande, Coachella, Amerika Syarikat



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.