Pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio akhirnya memenangi anugerah Screen Actors Guild yang berlangsung pada Sabtu (waktu Amerika Syarikat) bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem The Revenant.

Ini merupakan kemenangan DiCaprio yang pertama setelah dicalonkan sebanyak lapan kali sebelum ini.

Pada musim anugerah Hollywood tahun ini, DiCaprio memenangi anugerah Golden Globes dan Critics Choice Award.

BACA: Leonardo DiCaprio, Lady Gaga, Matt Damon menang anugerah di Golden Globe ke-73
GALERI: Pemenang Anugerah 21st Annual Critics' Choice Awards


Menurut laporan Vanity Fair, ramai menjangkakan bahawa ini merupakan tahun DiCaprio dan menjadi pilihan untuk memenangi Oscar yang bakal berlangsung pada 28 Februari.

Ia merupakan pencalonan kelima DiCaprio untuk anugerah berprestij itu bagi kategori lakonan.

Beliau turut tercalon sebagai penerbit untuk filem The Wolf of Wall Street.






Anugerah SAG turut dimenangi Brie Larson bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Idris Elba (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik) dan Alicia Vikander (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik).

Bagi kategori televisyen, Kevin Spacey menang kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) manakala Viola Davis menang Pelakon Wanita Terbaik (Drama).

Idris Elba turut memenangi Pelakon Lelaki Terbaik (siri TV dan siri mini).

Kemenangan berganda Elba turut membuktikan bahawa Anugerah SAG meraikan kepelbagaian, susulan kontroversi Anugerah Akademi yang tidak iktiraf pelakon dan pengarah bukan berkulit putih.

BACA: Chris Rock bakal sentuh isu #OscarsSoWhite untuk monolog pembukaan
BACA: #OscarsSoWhite: Will Smith turut boikot Academy Awards

Bintang-bintang Hollywood bakal ke England untuk Anugerah BAFTA 2016 pada 14 Februari sebelum berlangsungnya Anugerah Akademi pada 28 Februari.