awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Lil, Siti hilang pemberi semangat di kala kesedihan" - Siti Nurhaliza

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
06/12/2015
02:12 MYT
"Lil, Siti hilang pemberi semangat di kala kesedihan" - Siti Nurhaliza
Datuk Siti Nurhaliza, teman rapat kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil menyifatkan baginda seorang putera raja yang berjiwa rakyat.
Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza yang juga merupakan teman rapat kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil menyifatkan baginda seorang putera raja yang berjiwa rakyat.
"Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda dan pemberi semangat tiap kali saya dalam kesedihan," ujar Siti yang masih bersedih dengan berita pemergian itu.
Penyanyi itu yang baru keguguran pada Khamis minggu lalu turut memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi buat kali terakhir jenazah sahabatnya itu.
"Lil, maafkan Mak Iti kerana tidak dapat menziarahi Lil buat kali terakhir, namun Lil sentiasa dalam doa Mak Iti. Al-Fatihah." ujarnya di laman sosial Instagram miliknya awal pagi ini.
Putera Raja yang berjiwa rakyat..Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda & pemberi semangat tiap kali saya kesedihan...tiada lagi panggilan 'makiti' dari insan bernama YAM Tunku Jalil . 'Lil ,maafkan makiti tak dpt menziarah Lil buat kali terakhir namun Lil sentiasa dalam doa Makiti'..Al -Fatihah .
A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Dec 5, 2015 at 4:56pm PST
Kali terakhir penyanyi itu menziarahi Tunku Jalil di hospital adalah pada dua minggu yang lalu.
Pertemuan itu turut dikongsi Siti menerusi akaun Instagramnya.
Alhamdullillah, siang tadi sempat menziarahi YAM Tunku Laksamana Johor..Teruskan perjuanganmu @tunkujalil_official ..Allah SWT sentiasa bersama hambaNYA yg Sabar dan berusaha ... #cancer #fighter
A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Nov 17, 2015 at 6:07am PST
Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.
Selain Siti, rakyat dan pemimpin negara turut mengucapkan takziah atas pemergian yang disifatkan terlalu awal itu.
Topic Berkaitan
#Johor
#mangkat
#Siti Nurhaliza
#Tunku Jalil
#Tunku Laksamana Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan