Lima perkara menarik tentang filem 'Mana Mau Lari'

Lima perkara menarik tentang filem 'Mana Mau Lari'
Antara pelakon yang membintangi filem tersebut ialah Saiful Apek, Tauke Raja Lawak, Shuk Balas, Ropie dan Dira Abu Bakar.
Filem arahan Dato’ Prof. A. Razak Mohaideen berjudul ‘Mana Mau Lari’ memberi sedikit kelainan dengan memaparkan pengembaraan ‘geng’ Harley Davidson.

Antara pelakon yang membintangi filem tersebut ialah Saiful Apek, Tauke Raja Lawak, Shuk Balas, Ropie dan Dira Abu Bakar.

‘Mana Mau Lari’ merupakan sebuah komedi santai yang menampilkan nilai persahabatan diantara empat orang penunggang motosikal berkuasa tinggi menolong antara satu sama lain selepas sebuah daripada motosikal mereka hilang ketika dalam pengembaraan.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi lima perkara menarik tentang filem ‘Mana Mau Lari’ yang ditayangkan dipawagam bermula 27 November.
1. Dapat Tajaan 4 Buah Harley Davidson


Satu pencapaian yang membanggakan, apabila filem Mana Mau Lari ini berjaya mendapatkan penajaan empat buah motorsikal berkuasa tinggi  oleh Harley Davidson (Malaysia). Bukan satu, bukan dua, tapi empat sekaligus! Fuh! Hebat betul! Bukan senang nak dapat tajaan syarikat motosikal berkuasa tinggi yang popular ni.

2. Pengembaraan 'Geng' Harley Davidson


Tidak dinafikan jika ternampak sekumpulan 'geng' motosikal berkuasa tinggi semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, pasti anda akan rasa teruja sehingga ada yang membuka tingkap dan mengambil gambar atau video mereka.

Sebenarnya 'geng' Harley Davidson ini bukanlah sengaja ingin menunjuk-nunjuk kehebatan motosikal mereka sebaliknya mereka mempunyai tujuan iaitu ber'konvoi' beramai-ramai ke satu destinasi untuk melakukan aktiviti bersama.

3. Keutuhan Nilai Persahabatan Yang Tinggi


Tidak kira sama ada susah atau senang mereka sentiasa bersama. Sebagai contoh dalam filem 'Mana Mau Lari' ini anda akan dapat lihat semangat setiakawan yang tinggi apabila mereka bersama-sama membabitkan diri dalam misi pencarian motosikal yang hilang.

4. Jelajah Motosikal Berkumpulan


Filem ini lebih memberi tumpuan kepada penjelajahan motosikal secara berkumpulan dan itulah yang membuatkan filem arahan arahan Dato’ Prof. A. Razak Mohaideen agak berlainan berbanding yang sedia ada.

5. Dibintangi oleh pelawak-pelawak terkenal


Apa yang membuatkan ia lebih menarik ialah filem ini dibintangi oleh pelawak-pelawak terkenal negara. Kebiasaannya jika disebut mengenai 'bikers' sudah pasti apa yang timbul dalam bayangan anda adalah seorang yang kacak, tinggi dan berbadan sasa namun kali ini adalah berlainan.

Pasti filem ini lebih menarik dengan aksi-aksi spontan Saiful Apek, Tauke Raja Lawak dan Shuk Balas.

Jadi jangan lupa untuk menonton filem 'Mana Mau Lari' di pawagam bermula 27 November 2014.