Limpahan kasih untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza

Limpahan kasih untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza
Separuh daripada usia Siti Nurhaliza disumbangkan demi mengisi pentas seni suara dan menghiburkan seluruh Malaysia dan Nusantara.
Kuala Lumpur: Empat puluh tahun lalu, tiada siapa menduga anak kecil perempuan yang dilahirkan di berek polis Kampung Awah, Kuala Lipis ini akan menjadi bintang yang cukup terang kerdipan sinarnya.

Siti Nurhaliza, anak keempat kepada Taruddin Ismail dan Siti Salmah Bachik bukan sahaja menjadi penyanyi ternama tetapi meninggalkan kesan yang cukup besar kepada peminat dan juga industri seni di rantau ini.

Tidak hairanlah, bila tibanya tarikh 11 Januari, pelbagai pihak cuba untuk mengenang dan mencurahkan rasa kasih mereka pada penyanyi nombor satu negara ini dengan ucapan dan pelbagai dedikasi.
Separuh daripada usianya disumbangkan demi mengisi pentas seni suara dan menghiburkan seluruh Malaysia dan Nusantara.

Kami di Astro AWANI juga ingin sama meraikan hari istimewa ini dengan berkongsikan ucapan rakan-rakan artis dan juga peminat dari seluruh pelusuk Nusantara.

Kita dengarkan ucapan-ucapan daripada Kris Dayanti, Fara Fauzana, Hetty Koes Endang dan Aliff Sattar yang dikongsikan secara eksklusif bersama kami.



 
Ini pula rangkuman ucapan hari lahir untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza daripada peminat-peminat di seantero rantau ini.