awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LPF benarkan tayangan filem Beauty and the Beast

Wan Syamsul Amly, Nizam Bakeri
Wan Syamsul Amly, Nizam Bakeri
14/03/2017
01:56 MYT
LPF benarkan tayangan filem Beauty and the Beast
Beauty and the Beast diadaptasi dari filem animasi berjudul sama yang ditayangkan pada tahun 1991
Kuasa untuk isu penapisan filem di negara ini terletak kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang menjadi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Sehubungan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, isu penangguhan filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia tidak berada di bawah kementeriannya.
"LPF di bawah KDN, eloklah tanya mereka apa kedudukan sebenarnya. Ia bukan di bawah kuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atau KKMM," katanya semasa sidang media selepas merasmikan portal sebenarnya.my di sini hari ini.
Sementara itu, LPF telah memberi kebenaran untuk filem Beauty and the Beast ditayangkan di Malaysia, dengan suntingan kecil dilakukan.
Memetik kata Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, dari laporan The Star Online, beliau mengesahkan filem Disney itu telah diluluskan untuk tayangan di bawah klasifikasi P13, iaitu pengawasan ibu bapa digalakkan bagi penonton berusia 13 tahun ke bawah.
Tambah Abdul Halim, apabila sesebuah filem sudah diluluskan untuk tayangan, tarikh dan tempat tayangan tidak lagi berada dalam bidang kuasa LPF sebaliknya perlu dirujuk kepada pengedar filem dan pengusaha pawagam.
Sementara itu, pengusaha pawagam utama seperti TGV Cinemas dan Golden Screen Cinemas masih lagi belum membuat sebarang pengumuman mengenai tarikh tayangan baharu bagi filem tersebut.
BACA: Tayangan filem 'Beauty and the Beast' di Malaysia ditangguh
BACA: Wang tiket filem 'Beauty and the Beast' akan dikembalikan
Netizen sebelum ini mempersoalkan keputusan penangguhan tayangan tersebut. Mereka rata-rata meluahkan rasa kecewa kerana kemunculan filem tersebut sudah lama ditunggu.
come on laa, dah lma aku tnggu crita beauty and the beast kluar , kena tangguh plak .
— anisuhanashahban (@suhanashahban) March 14, 2017
Punya lah semangat aku dok tunggu2 Beauty and the beast , sampai teaser dia kat channel disney xd aku belari duk dpn tv.. last last tangguh
— Sung Duk-Seon (@IzzaOnly) March 13, 2017
Penangguhan itu turut dikaitkan dengan kontroversi wujudnya watak gay dalam filem tersebut, lakonan Josh Gad.
Justeru, ada netizen yang memberi contoh beberapa filem dan drama televisyen tempatan yang memaparkan watak gay dan lelaki lembut, namun tidak pula berhadapan sebarang halangan untuk ditayangkan.
Beauty and the beast kena tangguh wayang sebab the beast tu adalah seorang yang lembut. Tapi cerita Suamiku Encik Sotong boleh pulak tayang/p>— Muhammad (@amirzulmuhammad) March 13, 2017
Berzaman tunggu Beauty and The Beast tu, tetiba kau suka hati nak banned sebab character gay je. Kalau camtu kenapa tak ban cerita Sutun? Ha
— suriana (@suekoroyu) March 13, 2017
Namun, sebahagian netizen bersetuju dengan penangguhan tersebut bagi mengelakkan orientasi seks homoseksual tidak didedahkan kepada kanak-kanak.
Pelik jugak org yang marah sgt Beauty and the Beast tangguh tayang kat Malaysia. Utk kebaikan kanak-kanak pun nak marah ke?
— Dumbledore's Army (@Ana_Mansor) March 13, 2017
Filem Beauty and the Beast dibarisi pelakon ternama antaranya Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.
Topic Berkaitan
#Beauty and the Beast
#beauty and the beast ban
#beauty and the beast malaysia
#Emma Watson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan