TANPA perancangan untuk menerbitkan sebuah dokumentari, "M for Malaysia" asalnya merupakan himpunan rakaman perjalanan Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai Pakatan Harapan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut penerbit eksekutif "M for Malaysia" Datuk Marina Mahathir, seminggu selepas PRU14, Ineza Roussile dan Dian Lee mencadangkan agar lebih 90 jam himpunan rakaman kempen Dr Mahathir itu dijadikan dokumentari.
Katanya, ia merupakan satu kisah yang amat unik dan bersejarah yang perlu diceritakan bukan hanya kepada rakyat Malaysia tetapi kepada seluruh dunia.
"M for Malaysia" bukan semata-mata dokumentari tentang keangkuhan perdana menteri dan pemerintah sebelum 9 Mei 2018 ditewaskan oleh kuasa rakyat, tetapi ia merupakan satu ingatan kepada menteri dan pemimpin Pakatan Harapan tentang kepayahan untuk mencapai kemenangan.
Inilah harapan Marina sekiranya menteri-menteri kabinet kerajaan baharu ini menonton filem dokumentari "M for Malaysia" yang siap sepenuhnya Mei lalu.
"Saya harap bila mereka lihat dokumentari ini, mereka ingatlah betapa susahnya mendapat kejayaan itu, titik peluh ramai orang dan pengorbanan ramai orang untuk menghasilkan kejayaan pada 9 Mei.
"Kepada rakyat Malaysia yang berminat dengan dokumentari ini, saya harap boleh memberi sokongan dengan menonton di pawagam," katanya selepas tayangan kepada filem dokumentari itu.
"M for Malaysia" menceritakan tentang pembentukan kerajaan yang tidak dijangka dan ia merupakan julung kali selepas 60 tahun, Barisan Nasional berjaya ditumpaskan.
Filem dokumentari ini juga merakamkan kejayaan rakyat Malaysia menewaskan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pentadbiran sebelum ini.
Dengan tayangan dijadualkan selama empat hari di 37 pawagam seluruh negara, rakyat Malaysia boleh mengimbas kembali detik-detik mendebarkan apabila kerajaan yang mentadbir negara selama 61 tahun digulingkan oleh 82.32 peratus jumlah pengundi.
Dokumentari ini telah menerima sambutan menggalakkan di pelbagai lokasi antarabangsa selepas tayangan perdananya di CAAMFest di San Francisco, DocEdge di New Zealand dan Festival Filem Antarabangsa Busan iaitu festival filem terbesar Asia pada Oktober ini.
Irwan Muhammad Zain
Thu Sep 05 2019
Tayangan "M for Malaysia" dijadual ditayangkan selama empat hari di 37 pawagam seluruh negara.
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
'M for Malaysia' sebuah ingatan untuk menteri-menteri PH
'M for Malaysia' merupakan satu kisah yang amat unik dan bersejarah yang perlu diceritakan.