"Maafkan mama wahai anakku Mohammad..." - Almy Nadia redha anak dikandung meninggal dunia

"Maafkan mama wahai anakku Mohammad..." - Almy Nadia redha anak dikandung meninggal dunia
Sekalipun bersedih kehilangan cahaya mata dalam kandungan, namun, Almy Nadia dan Fizz Fairuz reda dengan ketentuan Ilahi. - Gambar Instagaram ALMY NADIA
PELAKON Datin Almy Nadia dan suaminya, Datuk Fizz Fairuz akur dengan ketentuan Tuhan yang lebih dahulu menyayangi bayinya.

Dia yang keguguran kandungan yang berusia 14 minggu mengakui, tidak kuat untuk menerima dugaan tersebut.
 
“Alhamdulilah selesai dengan sempurnanya. Moga tenang di sana wahai anakku. Allah lebih sayangkan kami wahai anakku. 
 
“Mama tak kuat sayang, tapi mama kena kuat demi kakak-kakak kamu. Mama tahu papa sedih, cuma papa tak tunjuk. Maafkan mama syg @fizzfairuzofficial.

“ Maafkan Mama wahai anakku Mohamad. Jumpa di sana,tunggu mama dan papa di sana,” tulisn Almy Nadia dalam akaun Instagram peribadinya.



Dalam hantaran berkenaan, pelakon itu turut memuat naik foto suaminya, Fizz sedang berdoa di pusara anak mereka.

Pasangan ini kehilangan anak keempat mereka pada 11 Februari.

Cahaya mata keempat pasangan itu meninggal dunia ketika masih dalam kandungan.

Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 2014 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
 


Tag: Almy Nadia, Fizz Fairuz, kehilangan cahaya mata, meninggal dunia dalam kandungan, Mohammad



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.