announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

'Macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau, Abam' - Fad Bocey

'Macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau, Abam' - Fad Bocey
Fad akui dia masih belum percaya dengan berita pemergian Abam yang meninggal dunia dipercayai akibat demam panas. - Foto Astro GEMPAK
KEHILANGAN ahli kumpulan Bocey, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, amat dirasai semua orang terutama teman rapatnya, Fad.



Fad akui dia masih belum percaya dengan berita pemergian Abam yang meninggal dunia dipercayai akibat demam panas.

"Aku masih lemah untuk terima semua ini, macam tak percaya aku dan Achey tengok pusara kau kau tapi aku tau aku kena reda," tulisnya di Instagram Stories.




BACA: Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

Dalam pada itu, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam menyatakan hasratnya untuk menziarahi pusara arwah sejurus tiba dari Tokyo, Jepun.

BACA: "Abam aku datang dengan mak ni, bangunlah Abam" - Ali Puteh

"Mudah dan hebat bahagian kau bam, ramai yang sayangkan kau apatah lagi aku, kalau nak dihurai perasaan ini terlalu banyak sahabat.


"Insya-Allah esok aku ziarah kau ye. Assalamualaikum, al-fatihah Syed Umar Mokhtar," coretnya di sebuah entri.