Tutup

Maharaja Lawak Mega kembali, penyertaan pertama dari pelawak Brunei

Maharaja Lawak Mega kembali, penyertaan pertama dari pelawak Brunei
Rancagan yang diacarakan oleh Datuk AC Mizal itu akan mula ditayangkan di Astro Warna ( 132 ) dan Astro Warna HD (124 ) bermula 1 November 2019 - Gambar Asyraf Roslan/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sudah bersedia untuk gelak sampai tak ingat dunia?

Rancangan Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM) kini kembali menghiburkan malam Jumaat anda.

Antara peserta MLM 2019 ialah Bocey (Abam, Fad, Achey) , Zero ( Atu, Syaiful, Syarif ) dan juga Juara Muzikal Lawak Superstar, Jborn yang dianggotai oleh Khir Rahman, Vicha dan Joey turut menyahut cabaran MLM musim ini.

Malah tahun ini juga MLM 2019 juga mendapat penyertaan daripada negara Brunei iaitu kumpulan Cali yang dibarisi Tony dan Khai.
Senarai itu diumumkan dalam satu sidang media yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Rabu.

Namun, itu bukanlah senarai penuh peserta kerana tahun ini MLM 2019 akan kembalikan segmen 'Hot Seat' yang akan mempertaruhkan 12 kumpulan yang akan bersaing pada 25 Oktober ini untuk merebut  tempat dalam pertandingan tersebut.
Peserta 'Hot Seat' MLM akan diadili oleh pengarah dan pelakon, Sabri Yunus, pelakon, Fasha Sandha dan Produser Filem, Mejar (K) David Teo.

Rancagan yang diacarakan oleh Datuk AC Mizal itu akan mula ditayangkan di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124) bermula 1 November 2019.

Untuk rekod, MLM musim pertama telah dimenangi oleh Osbon (Mr Os dan Abon) dan diikuti Jozan (Johan dan Zizan), Sepahtu (Jep, Shuib dan Rahim), Zero (Atu, Syaiful dan Sharif), Bocey (Achey, Abam, dan Fad) serta MLM 2018 di juarai oleh kumpulan Shiro (Shahrol dan Ajak).




Tag: Maharaja Lawak Mega, MLM 2019, Astro Warna, Jborn, Cali, Zero, Bocey, Datuk AC Mizal



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.