Tutup

Mahu cahaya mata jadi doktor, Dr Sheikh Muszaphar bawa anak ke tempat kerja

Mahu cahaya mata jadi doktor, Dr Sheikh Muszaphar bawa anak ke tempat kerja
Menerusi entri di Instagram, Sheikh Muszaphar memuat naik video anak kembarnya sedang bermain permainan doktor. - Astro GEMPAK
ANGKASAWAN Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar akui sudah menanam impian mahu anak-anaknya menjadi seorang doktor sama sepertinya bila mereka dewasa nanti.

Justeru Sheikh Muszaphar memberitahu dia sudah mula memperkenalkan anak-anaknya dengan dunia perubatan serta membawa mereka ke tempat kerja sebagai pendedahan.

“Dalam video ini mereka main doktor-doktor. Saya mempunyai impian iaitu mahu melihat anak-anak saya menjadi seorang doktor. Sama seperti ibu bapa lain.

“Jadi saya dedahkan mereka dengan permainan doktor dan meminta mereka menulis impian mereka di dinding yang mereka mahu jadi doktor.
“Tak cukup dengan itu, mereka akan menyebut dengan kuat impian mereka itu setiap kali bangun tidur.

“Selain itu, saya juga membawa mereka ke tempat kerja, berkongsi keseronokkan menjadi seorang doktor,” katanya.
Sheikh Muszaphar berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.



Menerusi entri tersebut dia memuat naik video anak kembarnya Adam dan Noah sedang bermain permainan doktor.

Selain itu, Muszaphar turut menyatakan impiannya untuk melihat keempat-empat anaknya menjadi doktor pakar berbeza-beza.

Namun, Muszaphar berkata ia hanya impian dan usahanya untuk melihat anak-anaknya berjaya 20 tahun dari sekarang.

Entri tersebut bagaimana pun mendapat inpirasi dari Sheikh Muszaphar dalam mendidik anak-anak mengejar impian mereka.

Sekadar info, Muszaphar dan isterinya, Datin Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha (kembar perempuan) dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Video - Playing Doctors . I have this dream that I wanted all my kids to become Doctors . Just like us parents ... So I started planning the day they were born hoping they would immerse themselves into the world of Medicine . Doctors Toys & Stethoscope , playing Doctor & Patient , writing their dreams on the wall ‘ I want to become a Doctor’ and say it out loud each time they wake up ... bring them to our workplace , sharing the joy of being one , etc . This is called the Power Of Visualisation Technique ... Bella - Paediatrician Tasha - Ophthalmologist Adam - Cardiothoracic Surgeon Noah - Orthopaedic Surgeon Will it work .. ? Will let you know 20 years from now ... Haha Good Morning Everyone . Love As Always ... PS - We plan what’s best but Allah is the best planner . InsyaAllah - Amiinn Just sharing ...

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on