Tutup

'Makcik nak salam, tapi dia terus peluk...' - Peminat aminkan doa Neelofa lekas bertemu jodoh

'Makcik nak salam, tapi dia terus peluk...' - Peminat aminkan doa Neelofa lekas bertemu jodoh
Video yang memaparkan seorang wanita terharu apabila diberikan sumbangan oleh Neelofa menarik perhatian peminat pengacara itu. - Astro GEMPAK
PENGACARA jelita, Neelofa memulakan tahun 2019 dengan melakukan kerja khidmat masyarakat bersama peminatnya, Neelofa Team.

Berlangsung pada Sabtu lalu, program aktiviti kemasyarakatan ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga syarikat minuman Chatime.

Melibatkan hampir 70 orang peserta, mereka telah berkumpul seawal jam 8 pagi di Kuala Selangor untuk proses agihan barangan keperluan dan juga pembahagian tugasan dan kumpulan.

Sebanyak 10 buah rumah telah dikenalpasti dengan bantuan JKM untuk menerima bantuan dan sumbangan pada kali ini.
Mereka yang terpilih merangkumi pelbagai aspek keperluan, antaranya mempunyai ahli keluarga yang berstatus orang kelainan upaya, kematian suami atau isteri, mempunyai masalah kesihatan mental dan depresi serta mereka yang berstatus ibu tunggal.

Antara bentuk sumbangan yang telah dihulurkan adalah seperti barangan keperluan harian (gula, beras, tepung, sabun pencuci, barang makanan), kelengkapan rumah (set meja makan, peti ais, mesin basuh, dapur memasak) dan juga sedikit sumbangan kewangan.
Tidak terhad kepada sumbangan berbentuk barangan, peserta juga mengambil kesempatan yang ada untuk membersih dan mengemas persekitaran rumah.

Menariknya, menerusi pencarian di laman Twitter, peminat berkongsi momen menarik yang berlaku ketika program itu berlangsung.
 
Sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga emas terharu apabila diberikan sumbangan oleh Neelofa menarik perhatian peminat pengacara itu.

Peminat memuji aksi spontan Neelofa yang terus memeluk wanita itu selepas menghulurkan sumbangan.