awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia antara 93 negara hantar filem ke Oscar

Nailah Huda
Nailah Huda
07/10/2019
23:42 MYT
Malaysia antara 93 negara hantar filem ke Oscar
Malaysia turut menyertai senarai itu dengan filem "M for Malaysia" arahan Ineza Rousille dan Dian Lee. -Gambar fail
ANUGERAH AKADEMI mencatat rekod apabila menerima filem dari 93 negara dalam kategori Filem Antarabangsa Terbaik untuk Oscars ke-92.
Ia merupakan jumlah tertinggi untuk kategori itu yang meningkat dari 92 negara pada tahun 2017.
Pada Isnin, ‘The Academy’ mengeluarkan senarai penuh kesemua filem yang bakal dicalonkan untuk kategori berkenaan dalam anugerah tersohor itu, termasuk penyertaan pertama kali dari Ghana, Nigeria, dan Uzbekistan.
Malaysia turut menyertai senarai itu dengan filem "M for Malaysia" arahan Ineza Rousille dan Dian Lee yang berkisar tentang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
BACA: M for Malaysia: Kisah harapan dan perpaduan
BACA: M For Malaysia: Bukan cerita sebelah pihak - Dr Mahathir
Antara filem lain dari Asia Tenggara termasuk "Memories of My Body" arahan Garin Nugroho dari Indonesia; "A Land Imagined" arahan Yeo Siew Hua dari Singapura; "In The Life of Music" arahan Caylee So dan Sok Visal dari Kemboja; dan "Inhuman Kiss" arahan Sitisiri Mongkolsiri dari Thailand.
Menurut The Hollywood Reporter, antara filem yang dijangka menang termasuk "Parasite" (Korea Selatan) arahan Bong Joon Ho yang memenangi anugerah Palme d’Or di Cannes pada Mei lalu.
Selain itu, turut dijangka akan menang adalah "Pain and Glory" dari Sepanyol yang dibintangi Antonio Banderas, "Les Misérables" dari Perancis, dan "Atlantic" dari Senegal.
Sesebuah filem antarabangsa ditakrifkan oleh The Academy of Motion Picture Arts and Sciences sebagai "sebuah gambar bergerak lebih dari 40 minit yang dihasilkan di luar Amerika Syarikat dengan dialog yang tidak banyak berbahasa Inggeris."
BACA: Dokumentari 'M for Malaysia' bakal ke Busan International Film Festival!
Kesemua 93 filem itu akan disenarai pendek kepada 10 filem yang bakal diumumkan pada 16 Disember.
Keseluruhan pencalonan dalam semua kategori pula akan diumumkan pada 13 Januari 2020 sebelum anugerah itu berlangsung pada 9 Februari.
Berikut ialah senarai penuh yang diterima oleh Akademi dalam kategori Filem Antarabangsa Terbaik untuk anugerah Oscars ke-92:
Albania, The Delegation, pengarah: Bujar Alimani Algeria, Papicha, pengarah: Mounia Meddour Argentina, Heroic Losers, pengarah: Sebastián Borensztein Armenia, Lengthy Night, pengarah: Edgar Baghdasaryan Australia, Buoyancy, pengarah: Rodd Rathjen Austria, Joy, pengarah: Sudabeh Mortezai Bangladesh, Alpha, pengarah: Nasiruddin Yousuff Belarus, Debut, pengarah: Anastasiya Miroshnichenko Belgium, Our Mothers, pengarah: César Díaz Bolivia, I Miss You, pengarah: Rodrigo Bellott Bosnia and Herzegovina, The Son, pengarah: Ines Tanovic Brazil, Invisible Life, pengarah: Karim Aïnouz Bulgaria, Ága, pengarah: Milko Lazarov Cambodia, In the Life of Music, pengarahs: Caylee So, Sok Visal Canada, Antigone, pengarah: Sophie Deraspe Chile, Spider, pengarah: Andrés Wood China, Ne Zha, pengarah:Yu Yang Colombia, Monos, pengarah: Alejandro Landes Costa Rica, The Awakening of the Ants, pengarah: Antonella Sudasassi Furniss Croatia, Mali, pengarah: Antonio Nuic Cuba, A Translator, pengarah: Rodrigo Barriuso, Sebastián Barriuso Czech Republic, The Painted Bird, pengarah: Václav Marhoul Denmark, Queen of Hearts, pengarah: May el-Toukhy Dominican Republic, The Projectionist, pengarah: José María Cabral Ecuador, The Longest Night, pengarah: Gabriela Calvache Egypt, Poisonous Roses, pengarah: Ahmed Fawzi Saleh Estonia, Truth and Justice, pengarah: Tanel Toom Ethiopia, Running Against the Wind, pengarah: Jan Philipp Weyl Finland, Stupid Young Heart, pengarah: Selma Vilhunen France, Les Misérables, pengarah: Ladj Ly Georgia, Shindisi, pengarah: Dimitri Tsintsadze Germany, System Crasher, pengarah: Nora Fingscheidt Ghana, Azali, pengarah: Kwabena Gyansah Greece, When Tomatoes Met Wagner, pengarah: Marianna Economou Honduras, Blood, Passion and Coffee, pengarah: Carlos Membreño Hong Kong, The White Storm 2 Drug Lords, pengarah: Herman Yau Hungary, Those Who Remained, pengarah: Barnabás Tóth Iceland, A White, White Day, pengarah: Hlynur Pálmason India, Gully Boy, pengarah: Zoya Akhtar Indonesia, Memories of My Body, pengarah: Garin Nugroho Iran, Finding Farideh, pengarah: Azadeh Moussavi, Kourosh Ataee Ireland, Gaza, pengarahs: Garry Keane, Andrew McConnell Israel, Incitement, pengarah: Yaron Zilberman Italy, The Traitor, pengarah: Marco Bellocchio Japan, Weathering With You, pengarah: Makoto Shinkai Kazakhstan, Kazakh Khanate. The Golden Throne, pengarah: Rustem Abdrashov Kenya, Subira, pengarah: Ravneet Singh (Sippy) Chadha Kosovo, Zana, pengarah: Antoneta Kastrati Kyrgyzstan, Aurora, pengarah: Bekzat Pirmatov Latvia, The Mover, pengarah: Davis Simanis Lebanon, 1982, pengarah: Oualid Mouaness Lithuania, Bridges of Time, pengarah: Audrius Stonys, Kristine Briede Luxembourg, Tel Aviv on Fire, pengarah: Sameh Zoabi Malaysia, M for Malaysia, pengarah: Dian Lee, Ineza Roussille Mexico, The Chambermaid, pengarah: Lila Avilés Mongolia, The Steed, pengarah: Erdenebileg Ganbold Montenegro, Neverending Past, pengarah: Andro Martinović Morocco, Adam, pengarah: Maryam Touzani Nepal, Bulbul, pengarah: Binod Paudel Netherlands, Instinct, pengarah: Halina Reijn Nigeria, Lionheart, pengarah: Genevieve Nnaji North Macedonia, Honeyland, pengarah: Ljubo Stefanov, Tamara Kotevska Norway, Out Stealing Horses, pengarah: Hans Petter Moland Pakistan, Laal Kabootar, pengarah: Kamal Khan Palestine, It Must Be Heaven, pengarah: Elia Suleiman Panama, Everybody Changes, pengarah: Arturo Montenegro Peru, Retablo, pengarah: Alvaro Delgado Aparicio Philippines, Verdict, pengarah: Raymund Ribay Gutierrez Poland, Corpus Christi, pengarah: Jan Komasa Portugal, The Domain, pengarah: Tiago Guedes Romania, The Whistlers, pengarah: Corneliu Porumboiu Russia, Beanpole, pengarah: Kantemir Balagov Saudi Arabia, The Perfect Candidate, pengarah: Haifaa Al Mansour Senegal, Atlantics, pengarah: Mati Diop Serbia, King Petar the First, pengarah: Petar Ristovski Singapore, A Land Imagined, pengarah: Yeo Siew Hua Slovakia, Let There Be Light, pengarah: Marko Skop Slovenia, History of Love, pengarah: Sonja Prosenc South Africa, Knuckle City, pengarah: Jahmil X.T. Qubeka South Korea, Parasite, pengarah: Bong Joon Ho Spain, Pain and Glory, pengarah: Pedro Almodóvar Sweden, And Then We Danced, pengarah: Levan Akin Switzerland, Wolkenbruch's Wondrous Journey Into the Arms of a Shiksa, pengarah: Michael Steiner Taiwan, Dear Ex, pengarah: Mag Hsu, Chih-Yen Hsu Thailand, Krasue: Inhuman Kiss, pengarah: Sitisiri Mongkolsiri Tunisia, Dear Son, pengarah: Mohamed Ben Attia Turkey, Commitment Asli, pengarah: Semih Kaplanoglu Ukraine, Homeward, pengarah: Nariman Aliev United Kingdom, The Boy Who Harnessed the Wind, pengarah: Chiwetel Ejiofor Uruguay, The Moneychanger, pengarah: Federico Veiroj Uzbekistan, Hot Bread, pengarah: Umid Khamdamov Venezuela, Being Impossible, pengarah: Patricia Ortega Vietnam, Furie, pengarah: Le Van Kiet
Topic Berkaitan
#Academy Awards
#Bong Joon Ho
#Cannes
#Dian Lee
#Ineza Rousille
#M for Malaysia
#Oscar
#Oscars
#Parasite
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan