Tutup

Mampukah tayangan semula Avengers: Endgame tandingi rekod kutipan filem Avatar?

Mampukah tayangan semula Avengers: Endgame tandingi rekod kutipan filem Avatar?
Dijangkakan rekod yang dicatat Avatar akan dipecahkan Avengers: Endgame selepas keluaran terbaru ini - Facebook: Avengers
KUALA LUMPUR: Filem paling banyak dibualkan sepanjang minggu ini, Avengers: Endgame, yang ditayangkan semula dengan adegan tambahan terus jadi perhatian ramai.

Keluaran terbaru ini menyertakan beberapa babak yang dipadam, tribut dan beberapa kejutan selepas penghargaan akhir (ending credit).

Media antarabangsa melaporkan, selain memberi hadiah buat peminat francais itu, ia adalah percubaan Marvel Studios untuk merapatkan jurang kutipan box office seluruh dunia dengan hasil kutipan filem Avatar arahan James Cameron.

Setakat ini, jumlah kutipan untuk filem Avengers: Endgame adalah AS$2.75 bilion (RM11.37 bilion) berbanding filem Avatar yang berjaya mengutip AS$2.78 bilion (RM11.49 bilion).
Ini bermakna, kutipan sekitar AS$30 juta (RM123.99 juta) sudah cukup untuk menyamai rekod kutipan box office Avatar sekali gus meletakkan filem keluaran Marvel Studios ini mencatatkan rekod baharu.

Ketika pengumuman mengenai tayangan semula Endgame, Presiden Marvel Studios, Kevin Feige memberitahu, pihaknya akan membawakan 12 minit babak tambahan sebagai langkah pemasaran untuk menarik penonton menyaksikan keluaran terbaru ini.
Malah, Robert Downey Jr yang memainkan watak Iron Man turut mengajak peminat Marvel untuk bersama-sama mencipta sejarah baharu menerusi keluaran semula filem ini.





Tag: Avengers, Endgame, Avatar, Marvel Studios, box office



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.