awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Manap Karaoke' filem pertama melangkau pawagam, dibawa terus ke rumah anda

Gempak
Gempak
07/05/2020
02:00 MYT
'Manap Karaoke' filem pertama melangkau pawagam, dibawa terus ke rumah anda
"Manap Karaoke" dibintangi oleh Joey Daud, Mona Allen, Ropie, Imuda dan ramai lagi. Dapatkannya di Astro First, saluran 480 sekarang!
FILEM komedi terbaharu arahan Mamat Khalid, "Manap Karaoke" telah dibawakan secara terus ke pawagam rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 mulai hari ini.
Bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita, "Manap Karaoke" telah melangkaui tayangan di pawagam untuk dinikmati oleh masyarakat Malaysia di rumah masing-masing.
Penonton dapat duduk di rumah, bergelak ketawa bersama keluarga di samping menikmati kualiti filem sebenar seperti di pawagam.
Langkah ini sememangnya bertepatan dengan PKP yang masih dilaksanakan dan memasuki fasa ke-4 di negara kita.
Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, corak tontonan rakyat Malaysia telahpun berubah sejak PKP dan banyak aktiviti di rumah dihabiskan untuk menonton.
"Corak tontonan rakyat Malaysia berubah sejak PKP, banyak aktiviti di rumah dihabiskan dengan menonton.
"Mereka dahagakan filem-filem yang berkualiti dan segar. Oleh yang demikian kami sentiasa berusaha untuk membawakan content terbaik buat penonton Astro ketika tempoh PKP ini.
"'Manap Karaoke' ialah sebuah filem komedi sarat dengan mesej positif yang boleh diambil sebagai teladan.
"Ia juga bertepatan dengan tema ramadan Astro ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’.
"Astro Shaw mempersembahkan sebuah filem yang ada nilai hubungan persaudaraan serta mampu mengembirakan dengan lawak jenaka yang sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat," katanya.
"Manap Karaoke" mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Manap yang membuka perniagaan karaoke bergerak.
Manap akan berhadapan pelbagai ujian, namun yang pasti, banyak kisah lucu menanti anda dalam filem ini.
"Manap Karaoke" dibintangi oleh Joey Daud, Mona Allen, Ropie, Imuda dan ramai lagi.
Dapatkannya di Astro First, saluran 480 sekarang!
Topic Berkaitan
#Astro First
#filem komedi
#Indahkan Senyuman Eratkan Jalinan
#Mamat Khalid
#Manap Karaoke
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Raja Jastina Raja Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan