MANISNYA Jihan dan semoga terus istiqamah!

Itu antara komen-komen positif yang diucapkan kepada Jihan Muse, selepas selebriti itu memuant naik gambar berhijab ketika sedang bercuti di Jepun.

Sosok bernama Nur Jihan Musa, 36, kini sedang bercuti bersama suaminya, Ungku Hariz dan anak mereka, Ungku Arsalan Haq di Jepun, setahun selepas Jihan mengacara program Jejak Jihan Jepun.

Sejak hari pertama percutian, pengacara Gegar Vaganza itu memuat naik gambar-gambar berhijab dan menerima banyak komen-komen positif.






Puisi musim sejuk buat sakura.. pohon sakura ku syg.. harini kau kering dan garing tapi kau belum gering.. usai musim sejuk ini bunga kau mula berputik diikuti helaian daun di lengan dan bahu mu sehingga penuh satu tubuhmu.. begitu gah dan glamor.. pesonamu ibarat artis top yg lalu di permaidani merah di malam anugerah.. lalu kau pun mekar semekarnya hingga satu dunia dtg melawat kau di musim kau yg juara.. 3 bulan itu pasti berlalu hingga terbit musim panas.. kau jadi payung teduhan sang manusia dr panas terik mentari.. kau semakin kering dan dahaga.. hinggalah kau berubah warna dan luruhlah seluruh aksesori di tubuhmu.. tiada lagi yg dtg utk melihat kecantikanmu sakura.. mereka hanya mahu melihat daun dan pohon yg berubah warna kekuningan ibarat brokoli yg berbulan di peti ais.. makin gersang dan tandus tubuhmu hinggalah rintik2 salju mula mencecah kepalamu.. putih salju menyelimutimu.. dari jauh kau nampak seperti nenek tua yg penuh uban di kepala.. maka beginilah kau skrg di musim sejuk yg kembali tiba. Begitulah kitaran hidup kau dan makhluk lain ciptaan Allah yg Maha Kuasa.. bila matimu, matiku hanya Allah yg tahu.. selagi belum tibanya itu, teruskanlah hidupmu dgn membuat yg lain bahagia.. termasuklah aku.. yg sentiasa rindu utk melawatmu sakura ku syg wlw kau tengah berambut urang aring begini.. aku tetap cinta padamu.. sekian.. bukan puisi tapi luahan hati pencinta alam.. terima kasih sebab gigih baca.. sayonara.. #jejakjepunjihan #kemanakitaney #jihanjalanjalan

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on