Tutup

Masyarakat luar lebih hargai Raihan? Ini penjelasan mereka selepas didakwa terasa hati

Masyarakat luar lebih hargai Raihan? Ini penjelasan mereka selepas didakwa terasa hati
Kumpulan Raihan yang dianggotai Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim menerima hakikat perubahan yang mereka sedang lalui.
Era 90-an boleh dikatakan sebagai zaman kemuncak bagi kumpulan nasyid terutamanya Raihan. Namun entah di mana silapnya genre ini seakan tenggelam dalam industri muzik.
 
Tidak melatah dengan situasi ini, kumpulan Raihan yang dianggotai Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim menerima hakikat perubahan yang mereka sedang lalui.
 
Malah jelas mereka, Raihan tidak pernah berkecil hati apabila lebih banyak menerima undangan dari luar negara berbanding Malaysia.
 
Menurut Che Amran, antara negara yang pernah mengundang mereka termasuklah Dubai, Indonesia, Kanada, Australia serta Cape Town, Afrika Selatan.
 
"Mungkin kerana Raihan sudah dah ada komuniti sendiri jadi kami kat situ je lah. Segala undangan ini juga bukan lah menerusi agen atau promoter sebaliknya lebih kepada hebahan mulut ke mulut. Mereka sendiri mahu Raihan," katanya.

 
Jelasnya, setiap penyanyi atau genre muzik itu ada eranya sendiri dan perkara itu tidak boleh dicipta atau dihalang.
 
"Kita ikut flow saja tetapi apa yang saya boleh katakan Raihan terus lakukan apa telah dilakukan sejak dulu. Alhamdulillah, walaupun tiada sambutan di Malaysia, tapi di luar negara itu masih banyak.
 
"Namun, bukanlah bermaksud di Malaysia langsung tiada tetapi ia lebih kepada acara korporat dan tertutup," katanya.